Artis / Selebriti
” Sedihnya tengok Tokwan dengan Tok teriak. Masa Janna makan nasi tu terus kita menangis.. ” – Komen Netizen
Video Janna Nick pulang ke rumah Tokwan dan Tok sebelum berpindah ke luar negara buat ramai tersentuh. Part Janna bukakan aiskrim untuk Tokwan tu touching sangat. Menangis Tokwan tengok cucunya nak balik..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Janna, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Janna dan suaminya, Dini pulang ke rumah tok dan wan Janna. Menerusi video itu, Janna ada berkata sebelum dia berpindah jauh, dia ingin bertemu dengan tok serta tokwannya.
Kelihatan tok Janna, ada memasak juadah untuk Janna dan Dini. Tulis Janna, walaupun toknya sudah berusia dan tenaganya kurang, tetapi tetap mahu memasak untuk cucunya. Bukan itu sahaja, kemesraan Janna bersama tokwannya juga buat ramai tersentuh.
Janna ada membelikan aiskrim untuk tokwannya. Tulis Janna, ketika dia kecil, tokwan suka membeli aiskrim untuk semua cucu. Tulis Janna lagi, setiap kali dia pulang ke rumah tok dan tokwan, pasti tokwan akan menangis. Perkongsian video oleh Janna ini turut mengundang sebak warganet yang menontonnya.

Komen warganet, menonton video Janna ini membuatkan mereka menangis dan memahami apa yang sedang dirasai oleh Janna sekarang. Bukan itu sahaja, ada juga berkongsi kehidupan mereka yang pernah tinggal bersama atuk dan nenek mereka seperti Janna.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Janna dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Janna, awak buat kami menangis tengok video awak ni.. Hanya orang yg pernah tggl dengan atuk nenek je faham.. “
” Yang membesar dgn atok n nenek je faham perasaan ni. lagi2 bila dorg dh tak ada… Rindu yg hanya tersimpan dlm hati.. “
” Aku ni tgh ada dekat klinik gigi. Menangis tgk video Janna Nick . Dah doc salah anggap igt aku takot nk cabut gigi, adudududu.. “
” Sedihnya tengok wan dengan tok teriak.. Teringat Aku pada arwah wan n tok. Aku dulu pon dibesaqkan oleh wan dan tok jugak. Moga Allah tempatkan mereka di syurga yg tertinggi.. “
” Masa janna makan nasi tu terus kita menangis, air tangan yang sentiasa dirindui.. All the best janna, jgn lupaaaa balik Kedah nah.. “” Sedihnya tengok tokwan dengan tok teriak. Masa Janna makan nasi tu terus kita menangis.. ” – Komen Netizen
” Emmm saya dah menangis.. Janna ni… Buat saya sedih semoga tok dgn wan.. Sihat selalu.. Semoga janna dan suami.. Selamat pergi dan pulang yer take care.. “
” Tak sangka Janna Nick mulut emm.. I’m respect you n husbund . Tak kisah balik kg tengok atok nenek. Layan atok nenek mesra sgt. Tak kisah situasi umah atok mcm tu.bukan semua cucu mcm kalian.terbaik.. Kekal kan sifat yg sedemikian.. “
Sedih part Janna menangis memeluk tok dan wannya. Semestinya perpisahan ini sedikit sebanyak membuatkan hatinya menjadi sebak kerana Janna pernah dibesarkan oleh tok serta wannya setelah kedua ibu bapa Janna berpisah. Apa-apa pun, kita doakan semoga segala urusan Janna untuk berpindah nanti dipermudahkan serta segalanya berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jannanick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

