Artis / Selebriti
” Sedihnya lagu Amir, intro pun dah bergenang air mata.. ” – Netizen
Perkongsian Video Sedutan Lagu Single Baru Amir Sisi Yang Bakal Dilancarkan Beberapa Hari Lagi Buat Ramai Tersentuh. Alunan Suara Amir Dengan Reaksi Wajah Terasa Menusuk Ke Hati. Lirik Pun Boleh Buat Air Mata Berjurai !!
Sebagaimana yang dijanjikan dalam The Chosen One tahun lalu, pemenangnya akan berpeluang merakamkan single sendiri bersama syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment. Amir Sisi atau Unuk bakal keluar bersama single sendiri berjudul Ayah Ibu.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rocketfuel Entertainment, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan Amir menyanyikan lagu singlenya itu. Untuk makluman semua, single baru Amir ini akan dilancarkan pada 23 Februari nanti.
Kelunakan suara Amir memang tidak dapat dinafikan lagi. Genre lagu ini sendiri memang sangat sesuai dengan vokal Amir. Sebagaimana Amir membuat ramai yang menangis ketika membawakan lagu sedih ketika di pentas The Chosen One, lagu ini juga pasti membuatkan ramai tersentuh.

Memetik komen warganet, mendengar intro sahaja sudah membuatkan rasa sayu di hati. Ditambah pula ekpresi wajah Amir ketika mengalunkan lagu ini, berganda-ganda sedihnya. Pasti lagu single Amir ini akan menjadi siulan ramai dan lagu kegemaran semua.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@rocketfuelent Nantikan sesuatu yang istimewa dari @amirunukofficial 23.2.2024 ini! #AyahIbu #MuzikMalaysia #RFE
♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment
@rocketfuelent Ayah Ibuku, penat lelah mu ❤️. 3 Hari Lagi 23.2.2024 #AyahIbu #RFE #MuzikMalaysia
♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment
@amirunukofficial Jangan lupa nantikan lagu terbaharu saya 3 hari lagi di semua platform digital. #termojproduction #diaridaripedalaman #amirsisi #hello2024
Sehingga kini, hampir 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Intro pun dah bergenang air mata huhu. Kena sedia tisu ni nampaknya.. walau hakikatnya jasad mu terluka…. secara auto air mata mengalir.. ”
” Bergenang weh suara dia.. Semoga Lagu Baru Adik Amir di terima semua orang dan menjadi lagu terbaik pada Tahun 2024.. ”
” Syahdunya lagu Amir ni, sesuai betul dengan suara Amir.. Semoga Amir berjaya di dunia hingga akhirat dan jadi anak soleh.. ”
” Tak sabarnya nak dengar lagu baru Amir ni. Confirm dengar lagu Amir ni mata masuk habuk. Baru dengar sikit ni je pun dah sebak.. ”
” Ya Allah sebak hati ini baru dengar lagu Unuk teringat pada insan ygnenek sayang.. muga Amir lagi jaya dunia akhirat. Aamiin.. ”
” Ala sedihnya auntie dengar lagu ni, bergenang airmata.. Suara amir bawak lagu sedih macam ni memang ngam sangat. tak sabar nak tunggu versi full.. ”
” Sungguh sebak le lagu unuk ne. terbaik semoga jadi anak yang tak lupa kan jasa dan pengorbanan amek dan apek walau setinggi mana Amir ada ye.. ”
Sedih sungguh lagu khas yang diciptakan untuk Amir ini. Kena pula berkisar tentang pengorbanan ayah ibu, lagi berjurai-jurai air mata dibuatnya. Sama-sama kita memberikan sokongan kepada Amir dan semoga lagu Amir ini akan mendapat tempat di hati semua orang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rocketfuel Entertainment, Tiktok Amirunukofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita



