Artis / Selebriti
” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
Zarina Zainuddin kongsi perbualan WhatsApp bersama arwah Nadia Kesumawati buat ramai tersentuh. Baiknya arwah ni, dalam chat pun sopan santun ayatnya..
Pemergian pelakon Nadia Kesumawati tidak hanya dirasai oleh kaum keluarganya tetapi juga rakan artis yang lain. Ramai yang tidak menyangka Nadia Kesuma akan pergi meninggalkan semua ketika berada di Jeddah. Banyak kenangan Nadia bersama rakan artis yang dikongsikan di media sosial sejak berita pemergiannya disahkan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan satu tangkap layar perbualan Zarina bersama Nadia di applikasi WhatsApp. Coret Zarina di ruangan kapsyen mendoakan agar Nadia Kesuma dalam rahmat Allah.
Zarina menyifatkan pemergiaan Nadia Kesuma di bulan Rejab ini sesuatu yang dicemburui oleh ramai orang. Zarina sendiri tidak dapat menahan air matanya ketika teringatkan kenangannya bersama Nadia Kesuma. Zarina turut mendoakan agar Nadia Kesuma beroleh syurga.

Membaca kata-kata yang tertera pada perbualan antara Nadia Kesuma dan Zarina itu menyentuh hati warganet. Ada juga yang mengenali arwah mengatakan Nadia seorang yang baik hati, tidak kedekut, peramah dan seorang yang selalu berfikiran positif.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Swear kak nadia mmg org yg baik, xlokek, xberkira, friendly sgt², open minded, always +ve thinking… alfatihah utk akak nadiakesumawati moga tenang kat sana.. aamiin.. “
” Al -fatihah buat arwah nadia kesuma.. Seorang insan yang baik dan peramah.. betul sy suka lakonan arwah, suara pon lembut.. Sedihnyaaaa.. “
” Allahu sedihnya, betapa mulia dan baiknya hati seorang Nadia Kesuma.. Alfatihah untuk nadia kesuma dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman.. “
” Memang betul akak pun orang yang baik, sayang akak.. Akak tak sonbong dgn org lain.. Alfatihah untuk arwah nadia kesuma.. “
” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan. Nampak sangat arwah Nadia seorang yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain.. ”
” Kenangan yang pasti tak akan dapat dilupakan zarina bersama arwah nadia. semoga arwah tenang di sana dan berbahagia di syurga idaman.. ”
” Al-fatihah untuk arwah Nadia Kesuma. Pengakhiran yang terbaik dari Allah untuk arwah. sama-sama kita sedekah bacaan alfatihah untuk arwah Nadia Kesuma.. ”
Kehilangan sebutir permata yang akan selalu diingati oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Sama-sama kita sedekah bacaan Al-Fatihah untuk arwah Nadia Kesuma dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Semoga syurga tempatnya dan tenang di alam barzakh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin, IG
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

