Artis / Selebriti
” Sedih dan sayu pula tengok Fatima dengan daddy. Tak lepas Fatima genggam tangan daddy.. ” – Komen Netizen
Video Terbaru Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Meluangkan Masa Bersama Daddynya, Fattah Amin Buat Ramai Tersentuh. Warganet Tumpang Gembira Tapi Sayu Dalam Masa Yang Sama Tengok Moment Ni. Fattah Turut Respon Ucapan Birthday Daripada Fatima Dan Fazura Semalam !!
Berita terhangat masa kini mengenai hubungan Fattah Amin dan Fazura masih lagi diperkatakan oleh warganet. Ramai yang tidak dapat menerima keadaan ini terjadi kepada pasangan kesayangan ramai ini. Hanya doa yang baik-baik dititipkan untuk Fattah dan Fazura.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bamtahdolly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika bersama Fattah. Video ini diambil dari Instastory terkini Fattah sendiri. Menerusi video tersebut, Fatima kelihatan happy bermain sambil ditemani oleh daddynya.
Video ini mungkin biasa sahaja, namun hati warganet terusik mengenangkan nasib Fatima andai sesuatu terjadi dalam rumahtangga Fattah dan Fazura. Fatima masih anak kecil yang tidak memahami permasalahan orang dewasa dan ini fasa untuk Fatima menikmati masa kecilnya dengan baik.

Fatima tidak berhenti tersenyum dan menggenggam erat tangan daddynya. Fatima sememangnya cukup akrab dengan Fattah sehingga kan pernah digelar ‘girlfriend daddy’ oleh Fazura sebelum ini. Asyik berkepit sahaja Fatima dengan daddynya.
Jom tonton video di bawah :
Selain itu, Fattah juga turut memberi respon ucapan hari lahir yang ditujukan kepadanya semalam. Fattah mengucapkan terima kasih kepada Fatima dan juga Fazura dan disertakand dengan simbol love berwarna biru.
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semua manusia buat silap. Lupakn la kisah sedih. Mulakan hidup baru sebagai husband & wife dan parents yg baik Fatima. Semoga Allah panjangkn jodoh Fattah & Fazura till Jannah. Aminn.. “
” Rumahtangga sememangnya ada pasang surut. Perkahwinan akan menguji kesabaran setiap pasangan. Terima kelemahan masing2. Tiada manusia yang sempurna didunia ini. semoga yang baik-baik untuk kalian.. “
” Happy tengok Fatima dengan daddy. tak lepas fatima genggam tangan daddy.. alahai tetiba lak jadi sebak.. “
” Sedih dan sayu pula tengok Fatima.. Kecil lagi semoga dijauhi daripada dugaan yang berat untuk ibubapa Fatima.. “
” Daddy with Fatima, rindunya.. kuat ye Nyamma.. Sayang sangat Fatima semoga FATTZURA jaga zuriat bersama2 moga menjadi anak yang solehah baik dan bijak pandai.. “
” Gembira tengok Fatima happy dapat spend masa dengan daddy tapi dalam masa yang sama aku ternangis tengok.. sayang betul fatima pada daddy.. “
” Semoga ada sinar untuk kebahagiaan Fatima.. tengok lah happy betul fatima bila ada daddy. pegang tangan daddy, berkepit tak lepas.. “
Tumpang gembira warganet melihat Fatima ketawa riang apabila ada daddy menemaninya tetapi dalam masa yang sama dijentik rasa sayu. Semoga ada sinar bahagia untuk ibu bapa Fatima dan kembali seperti dahulu. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk keluarga kesayangan ramai ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bamtahdolly, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

