Artis / Selebriti
” Sedapnya suara Kak Lina duet nyanyi lagu dangdut, lain macam vibe dia.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein berduet bersama Mas Idayu menyanyi lagu Cintaku 100% raih pujian warganet. Fuhh gempak sungguh bila Kak Lina bergabung dengan Mummy menyanyi lagu dangdut, memang asyik lah..
Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi dangdut, Mas Idayu bersama Farez Adnan telah menjadi tetamu jemputan dalam segmen Carta Era 40 pada minggu ini yang dikendalikan oleh pengacaranya, Elly Mazlein.
Antara topik yang dibualkan oleh mereka bertiga adalah mengenai lagu terbaru Mas Idayu dan Farez iaitu bertajuk Air Titik Ke Batu yang kini turut menjadi viral dan bagaimana cara Farez berjaya memujuk Mas Idayu untuk berduet bersamanya.
Selain itu, yang menarik perhatian warganet adalah video duet Elly bersama Mas Idayu menyanyikan lagu Mas Idayu sendiri bertajuk Cintaku 100%. Ramai yang memuji suara Elly membawa lagu dangdut ini dan menyukai nyanyian duet Elly dan Mas Idayu.

Komen warganet, mereka kagum dengan kebolehan Elly yang mampu membawa pelbagai genre lagu dan lenggok suara Elly membawa lagu Cintaku 100% juga dipuji begitu merdu. Sehingga kini, video duet Elly dan Mas Idayu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai video nyanyian duet Mas Idayu bersama Elly. Antara komen-komen yang menarik adalah :
” Sedapnya suara Kak Lina duet nyanyi lagu dangdut, lain macam vibe dia.. Confused lah. Penyanyi Dangdut No. 1 Malaysia sebenarnya siapa.. Mummy ke Kak Lina.. Haaa jawab.. “
” Kak Lina kepom… torbaik. Nyanyi lagu apo pun memang sodap sogho eh.. Suara Kak Lina best.. Saya selalu follow nyanyian Kak Lina.. Nombor Syatuu.. “
” Mami Mas Idayu lah first ever artis aku tengok dari umur ku 3 tahun.. Dan dari itulah aku cuma minat lagu dangdut.. “
” Kaklina : Kupunya cinta hanya utkmu.. Mommy Mas Idayu : Tipu.. Hahaha adoi kelakar.. Berdua ni bila dah bergabung, terus masuk air, haha.. “
” Setiap pergi karok dengan mami mesti dia nyanyi laguni. Wajib yaaa pastu Ayah joget.. Rasanya lagu ni smpai sekarang ramai orang suka.. “
” Sedap je sbnrnyaa suaraa mami mas idayu ni , jngn jdi jurii laa nynyi je , sebab garang sangat, hahaha kita yang tengok dekat rumah pun berdebar jantung.. “
” Dedua sedap cuma kepom tu ada lengok dia.. Dia kan no syatuuu, haha.. Tak puas lah dengar, sedap lah kepom nyanyi lagu dangdut.. “
Sedap suara Elly menyanyi lagu dangdut, pandai Elly menyesuaikan suaranya membawa apa jua genre yang dinyanyikannya. Selain itu, ramai yang mengatakan Mas Idayu selayaknya bergelar Ratu Dangdut Malaysia kerana lagu-lagunya hingga ke hari ini masih lagi menjadi siulan dan begitu juga lagu terbaru Mas Idayu bersama Farez yang mendapat pujian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

