Artis / Selebriti
” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
Video Jalil Hamid berduet menyanyikan lagu Dendang Hari Raya bersama anak perempuannya, Afiqah Jalil raih perhatian ramai. Wah sedapnya suara anak Abang Jalil. Merdu betul suara dua beranak ni..
Sebut sahaja nama pelakon dan juga penyanyi veteran, Jalil Hamid, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Jalil merupakan antara figura seni yang cukup dikagumi ramai kerana bakatnya yang besar dalam dunia lakonan dan nyanyian. Malah, boleh dikatakan setiap lakonannya sering menerima pujian daripada para penonton kerana pembawaannya yang begitu bersahaja dan menyentuh hati.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik anak perempuan Jalil yang bernama Afiqah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Afiqah bersama bapanya itu. Menerusi video tersebut, Afiqah dan Jalil dilihat menyanyikan semula lagu raya popular nyanyian Jalil suatu ketika dahulu bertajuk “Dendang Hari Raya.”
Apa yang lebih menarik, lagu tersebut seolah-olah diberikan nafas baharu apabila dinyanyikan bersama oleh mereka berdua. Suara Afiqah yang lembut didengar menambahkan lagi keindahan lagu tersebut dan menghidupkan kembali nostalgia lagu raya yang pernah menjadi siulan ramai.

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji suaranya yang disifatkan memiliki tone suara yang klasik, seakan-akan penyanyi zaman dahulu dan dalam masa yang sama juga, ada yang berpendapat bahawa Afiqah berjaya membawakan lagu tersebut dengan begitu baik sehingga kedengaran semakin merdu.
Ikuti perkongsian di bawah ini (tonton video penuh di hujung artikel) :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. Raya favorite sejak dlu lagi,selain lagu RAYA… Ayah Adik femes satu ketika dlu.. “
” Saya suka lagu ni.. Ayah awak legend dik… More colab dgn ayah awak, jangan sia siakan moment ni.. Lagu ni best.. “
” Suara klasik cmni… Baru lah rasa nikmat mendengar.. Best la lagu raya mcmni.. Tambah dgn org lagend ni.. “
” Yeayyy… Minat gila ngan uncle Jalil Hamid… Semoga sihat & bahagia selalu bersama keluarga yer uncle Jalil Hamid.. “
” Antara lagu raya paling sedap tahun 2026, walaupun lagu lama tapi dinyanyikan dengan versi terbaru tetap juga sedap seni katanya.. “
” Finally… Lagu yang tak bingit and sedap sangat di halwa telinga..️ Congratulations Afiqah & Pak Jalil.. Sedap sangat lagu ni.. “
” Sedapnya.. Ada feel lagu raya… Best dengarrr Kena suara Jalil hamid dengan lagu ryaaaa sekli anak memang ngam.. “

Perkongsian video tersebut juga membuatkan ramai berasa tersentuh melihat kemesraan antara ayah dan anak ini. Selain mengimbau kenangan lagu raya lama, ia turut memperlihatkan bagaimana bakat seni seolah-olah mengalir dalam keluarga mereka.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG afiqahjalil, YouTube channel Afiqah Jalil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

