Artis / Selebriti
” Sedapnya dengar suara Fattah mengaji. Tak pernah lagi tengok orang baca Al-Quran lepas siap berniaga.. ” – Komen Netizen “

Tutup sesi live dengan bacaan surah Al-Mulk, Fattah dan adik-adiknya raih pujian warganet. Sejuk hati dengar bacaan masing-masing. Sebutan jelas, suara pun sedap..
Fattah Amin bersama ibunya, Ibu Azizah dan 2 orang adiknya, Intan dan Anje kembali membuat live bersama semalam. Mempromosikan tudung keluaran Ibu Azizah, sesi live Fattah dan adik-adiknya sememangnya disenangi oleh ramai wargamaya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ardanihumayra dan Anistaqwa, telah dikongsikan sedutan live Fattah semalam. Jualan mereka adik beradik mendapat sambutan hangat dan semua tudung sold out dalam masa yang singkat.
Sebelum mengakhiri sesi live tersebut, Fattah bersama Intan dan Anje membacakan surah Al-Mulk bersama-sama. Kata Fattah, ini kali pertama dia mengaji ketika live. Alunan ayat suci Al-quran yang dibacakan oleh Fattah dan adik-adiknya ini mendapat pujian.
Jelas sebutan mereka, ramai yang memuji cara asuhan ibu dan ayah Fattah kepada anak-anak mereka ini. Komen warganet, didikan yang bagus melahirkan ‘produk’ yang bagus juga. Sejuk perut ibu Azizah ada anak-anak yang soleh dan solehah.
Jom tonton video di bawah :
@ardanihumayra Alhamdulillah terbaikk @FattahAmin family & team! Semoga semakin mewah rezeki kalian. Aamiin🥰🤲🏻🤲🏻 #fattah #fattahamin #fattahaminz #fattahaminfans #fattahmengaji #fattahaminmengaji #fattahmengajialmulk #fypmalaysia #tudungazizah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah satu amalan yang sangat sangat digalakkan.. MasyaAllah Tabarakallah terbaik Fattah dan adek2nya, membaca Surah Al Mulk suaranya merdu. lancar dan bacaan yang bermakna sekali.. Aamiin YRA.. “
” Alhamdulillah pengakhiran live yang sangat menenangkan jiwa. sedap bacaannya.. Macam Fatima Anje ni sebijik.. “
” Alhamdulillah.. syukur. Berkat didikan yg baik oleh ibu bapanya.. menghasilkan produk yg baik. Tahniah.. “
” Anak anak hebat penyejuk hati ibu ayah.. saya terharu sangat tengok fattah dan adik adik.. terbaik lah.. “
” Alhamdulillah masya Allah tabarakallah.. sedap suara masing masing mengaji.. Intan tu hafizah.. best vibes adik beradik Fattah ni.. sejuk perut ibu azizah.. “
” Truskn. Istiqomah dgn menutup almulk. Yg follow pun blh sama2 baca. InshaaAllah yg baik2 utk semua.. ini namanya live sambil kumpul pahala.. “
” Segala puji bgi Allah.. tak pernah lgi berlaku dlm mana2 live org meniaga mcm ni di sudahi dgn ayat2 suci al quran.. ni yg sebaik2nya sambil berniaga sambil ajk kita semua bt pahala dn perniagaan mrk pun d berkati Allah swt in syaa Allah semua tu dgn izin Allah aminn.. “
” Banyak pahala diorang , view semalam dlm 15k , semua ikut baca , dpt tidur dgn tenang.. sedapnya dengar suara Fattah mengaji.. xpnh lgi tgk org bca Al-Quran lps siap brniaga.. “
Alhamdulillah, penutup yang mendamaikan dan semua juga turut ikut sama membaca bersama Fattah, Intan dan Anje. Semoga amalan ini dijadikan acara rutin setiap kali Fattah live. Sambil live, sambil membuat pahala bersama-sama yang menonton. Alhamdulillah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anistaqwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya sebenarnya excited. Ini first time saya sampai ke kampung Mira ni tahu tak. Eh, ye ke first time ? ” – Fattah Amin