Artis / Selebriti
” Sedapnya dengar, layan betul Jep main gitar sampai pejam mata.. ” – Netizen
Video Jep Sepahtu Dan Siti Elizad Menyanyikan Sebuah Lagu Raih Pujian Netizen. Wow Menyanyi Bersahaja Pun Sedap, Pandai Jep Main Gitar !!
Gabungan penyampai radio Sinar pagi iaitu Jep Sepahtu, Rahim, Angah dan Siti Elizad Sharifuddin telah menggamatkan suasana pagi di corong radio. Ada sahaja coloteh mereka bersama membuat para pendengar terhibur.
Menerusi akaun Instagram radio Sinar, telah berkongsi satu video terbaru yang memaparkan telatah Jep Sepahtu sedang bermain gitar dan menyanyi bersama Elizad. Kedengaran dalam video itu, mereka berdua telah berduet menyanyikan lagu bertajuk ‘Hitam Putih Kehidupan’ yang dipopularkan oleh Dato’ Sheila Majid.
Meskipun secara bersahaja menyanyikan lagu tersebut, suara Elizad dan Jep seperti serasi ketika berduet bersama. Malah ada yang menyatakan yang begitu ‘layan’ mendengar lagu ini yang pernah menjadi siulan ramai pada suatu ketika dahulu.

Sehingga kini, video Jep bersama Elizad menyanyi telah mendapat lebih 2,700 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi Jep, sampai terpejam mata main gitar, layan betul nampak gayanya menyanyi tu, hehe.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh netizen dan rata-ratanya menyukai video nyanyian Jep dan Elizad. Antara komen-komen menarik adalah :
” Macam Kassim Selamat dengan Sabariah (Sepahtu Reunion). Sedap dengar, kena pula time hujan pagi2 ni, hehehe layan.. “
” Sedapnya dengar, layan betul Jep sampai pejam mata main gitar. Love suara Elizad, memang tak jemu dengar suara dia nyanyi.. “
” Best nya lagu ni Dato Sheila Majid, Hitam Putih kehidupan. Tahniah Sinar, dah jadi no 1 radio dlm Malaysia, hebat.. “
” Sejuk hati berbunga melihat kembang putik buah, ditambah pula mendengar alunan suara Jep Sepahtu dan Elizad Sharifuddin, hehe.. “
” Layan Jep drive sambil dengar. Syahdu jee dengan ground hujan kena plak angin aircon. Perghhh 99 star lah.. “
” Best sangat lagu ni, suara Elizad sedap lah. Hehe Jep pun pejam mata betul sambil main gitar ye, terbaik lah.. “
” Layannn oooo hujan2 ni dengar lagu macam ni, Sinar memang sentiasa di hati, best sangat dengar radio, tak jemu.. “
Wah ramai yang suka dengar nyanyian Jep dan Elizad. Lagu-lagu dahulu memang best, malah kalau didengar kembali boleh mengimbau kenangan lalu. Apa-apa pun, semoga Jep dan Elizad terus menghiburkan para pendengar dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice

