Artis / Selebriti
” Sedapnya dengar Dato’ Siti menyanyi loghat Melaka.. ” -Netizen

Video Persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berduet Bersama Yasser Fikri Menyanyikan Lagu Senandung Anak Melaka Di Konsert Ambang Tahun Baru Raih Pujian Ramai. Wah Padu Lah Tokti Bawa Lagu Ni !!
Sebut sahaja nama penyanyi tersohor negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai yang mengenalinya. Sudah lama dalam industri seni suara, Dato’ Siti antara penyanyi berpengaruh yang mempunyai ramai peminat di dalam negara mahupun luar negara.
Kelunakan suara Dato’ Seri Siti menyampaikan sesebuah lagu membuatkan yang mendengar pasti merasa terbuai. Meninjau di sebuah akaun TikTok telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Dato’ Seri Siti di Konsert Ambang Tahun Baru dan Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 dua hari lalu.
Menerusi video itu, Dato’ Seri Siti berduet bersama Yasser Fikri menyanyikan lagu Senandung Anak Melaka. Persembahan Dato’ Siti membawa lagu tersebut menarik perhatian warganet. Manakan tidak, Dato’ Siti menyanyi dengan membawa loghat negeri Melaka.
Ada yang berseloroh mengatakan selepas menonton persembahan Dato’ Siti membawa lagu ini, mereka mula menyukai lagu Senandung Anak Melaka dan menghafal liriknya. Sehingga kini, video persembahan Dato’ Seri Siti menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@aril.ism Senandung Anak Melaka #ambangtahunbaru2024 #happynewyear2024 #Hello2024 #sitinurhaliza #fyp #arilism #arilsm
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan dan rata-rata mereka memuji suara Dato’ Siti membawa lagu Senandung Anak Melaka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya dengar Dato’ Siti nyanyi loghat Melaka.. Terus rasa nak pergi bercuti di Melaka, hehehehe.. Btw baju Dato’ Siti pun cantik sangat.. “
” Yasser Fikri memang mantap.. suke tenguk persembahanye..lawak dn happy2 je.. Tu le org Melake kaw.. Oke y Siti dh boleh sikit2 bawe loghat Melake.. “
” Terusss jadii sedapp ekh lagu nie.. Lovee.. Terbaik lah Tokti, semua lagu dia boleh baik dengan baik.. Tak pernah mengecewakan.. “
” Siti bawak jadi merdu. Yaseer Atak bawak stail seloka.. Bila bergabung memang wow sangat lah.. Semalam tgk live terhibur betul dengan persembahan dorang.. “
” Ko tgu jelaa esok aku duk hafal je lagu melaka ni, sedap pulak Siti nyanyi.. Aduhai memang best lah dengar.. Tak ulang2 play video ni.. “
” Meriah g1le semalam, tak boring lansung konsert Melaka New Year 2024 ni.. Dah mula hafal lagu ni.. Smpai ofismate tegur Melaka.. Melaka.. Haha.. “
” Aku dok ulang2 Lagu Melaka.. Dato’ Siti Nurhaliza punya Melaka leerrrrrrrhhhh.. Mantap persembahan Atak dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza.. Hadir.. “
Ramai yang mula menyukai lagu Senandung Anak Melaka gara-gara Dato’ Seri Siti menyanyi. Lagi-lagi gandingan mantap Dato’ Seri Siti bersama Yasser, rancak terus jadinya lagu tersebut. Difahamkan sambutan Ambang Tahun Baru di Melaka sangat meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pengunjung.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok aril.ism
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 hour ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen