Artis / Selebriti
” Sedap suara Ina. Suami Ina masih kekok nak nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Ina Naim dan suaminya, Khairul berduet menyanyi lagu Jangan Pisahkan raih perhatian ramai. Wah makin sedap suara Ina tapi Khairul masih malu-malu nak menyanyi. Sampai Ina kena halakan mikrofon nak bagi dengar suara, hehe..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Watie Ahmad, perkongsian sebuah video sesi live yang dilakukan oleh Ina Naim dan suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor telah meraih perhatian ramai. Menerusi sesi live tersebut, Ina dan suami telah menyanyikan sebuah lagu.
Pasangan ini menyanyikan lagu duet berjudul Jangan Pisahkan. Ina sememangnya boleh menyanyi dengan baik dan suaranya cukup merdu. Manakala Khairul pula dilihat masin malu-malu untuk menyanyi sehinggakan Ina terpaksa menghalakan dua mikrofon agar suara suaminya dapat didengari.
Untuk info, ini bukan lah kali pertama Khairul menyanyi karaoke secara live. Sebelum ini, ada dikongsikan video Ina berduet menyanyi bersama Khairul. Namun mungkin Khairul masih lagi kekok. Rutin sebegini adalah biasa buat Ina kerana sebelum ini Ina selalu menyanyi secara live bersama arwah suaminya yang dahulu iaitu Suhaimi Saad dan dalam masa yang sama turut berniaga.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ina juga nampak sangat manis walaupun tanpa sebarang solekan. Sentiasa nampak awet muda walaupun usia sudah mencecah 40an.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nizarwatie Replying to @fatimahbinti36 May Allah Bless You fypシ゚ fypage inasuhaimi fyppppppppppppppppppppppp inanaim tiktokmalaysia
♬ original sound – Watie Amad | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Di ruangan komen, ramai yang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Ina kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Ina mmg artis pnyanyi Khairul malu² eeh.. suka tengok Inadan suami semoga Ina Naim bahagian disamping suami tercinta hingga ke Jannah… Aamiin.. “
” Ina x kekok sebab selalu nyanyi bersama dgn arwah dulu sedap suara ina apa2 pun semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Senyum sorg2 bila sy tgok ina dh dpt kebahagiaan semula. Suka tengok semoga bahagia selamanya. Aamiinnn.. x mekap pun ina. tapi..cantik sngt..awet muda.. “
” Senyum sndiri bila tgok couple ni duet.. bahagia rasa.. meneruskan kebahagiaan spt bersama arwah ss. Aturan Allah yg terbaik.. “
” Somi ina msh kekok nk nyanyi..hihih..smkin gmbra n bhgia ina..alhamdulilah. dapat pasangan sehati se hobi akan mengeratkn ikatan.. “
” Sedap suara ina dn suami dia.. Macam muka ezad lazim.. tajuk apa lagu ni ye.. tak makeup pon lawa, dia makeup kalau kerja..ikot kesesuaian tmpat kerja.. “
” Alhamdulilah.. semoga Ina dn suami berbahagia hingga ke Jannah… Aamiin .. mse ina putus dgn ex dlu.. ina meletop.. jd terkenal.. prnh berlakon gak.. lps kawen dgn arwah bru dia stop.. “
Kemerduan suara Ina sememangnya tidak dapat dinafikan kerana Ina merupakan seorang penyanyi sebelum ini. Walaupun Khairul masih nampak malu-malu tetapi tetap meneruskan nyanyiannya sehingga habis. Sweet sungguh pasangan ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watie Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral3 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral3 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli