Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebenarnya, bila bercakap tentang Erra Fazira ni.. ” – Ezwan Zain

Ezwan Zain dan Erra Fazira kongsi sikap pasangan yang menambat hati masing-masing raih perhatian ramai. Wah, patutlah Ezwan anggap Erra istimewa sangat..

Hubungan yang dibina atas dasar keikhlasan, saling memahami dan menghormati menjadi tunjang kebahagiaan buat pasangan Ezwan Zain dan Erra Fazira. Menerusi perkongsian di Instagram Lumiere Concept, kedua-duanya dilihat cukup terbuka berkongsi pandangan tentang sikap pasangan yang berjaya menambat hati mereka.

Bagi Ezwan Zain, keperibadian Erra Fazira yang tenang, matang dan penuh kelembutan menjadi antara faktor utama yang membuatkan dirinya selesa dan yakin. Menurut Ezwan, Erra walaupun nampak seorang yang tegas, namun ada sisi kelembutannya yang menjadikan Erra sangat istimewa baginya.

Sementara itu, Erra Fazira pula mengakui dirinya tertarik dengan sikap Ezwan yang mudah dibawa berbicara, matang dan bertanggungjawab. Baginya, Ezwan seorang lelaki yang boleh membimbing keluarga apabila melihat hubungan Ezwan dengan anak perempuannya.

Perkongsian ini telah menerima lebih empat ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ini secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada ramai bahawa kebahagiaan dalam hubungan bukanlah terletak pada kemewahan atau populariti, sebaliknya lahir daripada sikap saling menghargai, menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Semoga bahagia kekal hingga kejannah Aamiin aamiin aamiin YaRabbalalamiin.. ALHAMDULILLAH,SUPPORT EACH OTHER TILL JANNAH,AAMEEN.. “

” Bahagia ke akhir hayat…so lovely couple…Mr E tu pandai bergurau tu yg erra suka tu.. ku doakan moga berbahagia hingga ke jannah.. “

” Sama cantik sama padan, semoga berbahagia till jannah . baju Pengantin Mr Ezuan n Mrs Erra Fazira mlm27 warna Gold kn tak sabaq tgk next resepsi .. “

” Muahhh.. semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.. era pandai menjaga maruah selama bergelar ibu tunggal.xda sebarang gosip.semoga bahagia ke jannah.. “

” Sweet… friendly and humble berbahagialah hingga ke jannah. so sweet.. Cantiknya Sgt kak Erra Fazira Aura ratunya terserlah.. “

” Smge yg baik2 dan dlm jagaan Allah selalu.. moga berbahagia hingga jannah.. Terbaik.. bestnya jadi seorang erra fazira.. “

” Pertama smue yg syurga.. Ezwan lelaki baik semoga kekal hingga keJannah bersama Erra.. kedua2 psgn dri parenting very good.. “

Semoga hubungan yang terjalin antara Ezwan Zain dan Erra Fazira ini terus dilimpahi rahmat dan keberkatan. Didoakan agar mereka sentiasa dikurniakan kebahagiaan, ketenangan hati serta kekuatan untuk saling menyokong dalam apa jua keadaan. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lumiereconcept

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak