Artis / Selebriti
” Sebelum ni ramai kata ‘nasib la dapat mertua macam Sheila Rusly, mulut dia macam mana’, tapi hakikatnya.. ” – Komen Netizen
Video respon Elisya Sandha ketika diminta memberikan pandangan mengenai ibu mentuanya, Sheila Rusly buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Elisya dan Sheila menangis. Kata-kata Shiela pun touching sangat..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inayah Beauty, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama Sheila Rusly dan Elisya Sandha. Elisya diajukan satu soalan itu menerangkan satu perkataan yang mewakili sikap ibu mentuanya itu.
Elisya tidak dapat menahan air matanya dan soalan itu sungguh berat untuk Elisya. Kasih sayang Elisya untuk Sheila sangat besar kerana ibu mentuanya itu dianggap seperti ibu sendiri. Sheila juga menjawab dalam nada sebak dan menyifatkan apa sahaja yang berkaitan dengan anak, menantu dan cucu cukup sensitif untuk dirinya.
Dia tidak menganggap dirinya seorang ibu mentua yang sempurna, tetapi Sheila berusaha untuk menjadi yang terbaik. Bagi yang mengikuti keluarga Sheila memang tahu betapa akrabnya mereka sekeluarga. Menantu dilayan bak ratu dan seperti anak sendiri. Sheila juga sering diberikan gelaran mentua idaman oleh wargamaya.

Untuk diri Elisya, dia merasa beruntung dan bersyukur kerana ini adalah rezeki yang tidak pernah dia jangkakan. Kata Elisya, dikurniakan seorang ibu mentua seperti Sheila satu anugerah yang bermakna. Cuma satu sahaja perkataan untuk Elisya boleh gamabrnya mengenai ibu mentuanya ini iaitu sempurna.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aduhhh terikut nangis, sejak dah ada 2 anak perempuan ni memang cepat sensitif bila bercakap pasal mak, anak2 dan keluarga.. love you both sheilarusly_jspictures elisyasandhaofficial.. “
” Betul … both of u perfect for each other. Elisya pun menantu yang baik. Mak mertua pun baik. Suami pun baik so masing2 hormat antara satu sama lain. Walau menantu dia tahu bawak penanan sebagai menantu itu. Semoga bahagia sampai syurga elisya. Moga Allah swt lindung selalu ya.. “
” Nangis lah berdua dekat sana kenapa ajak kami sama. congratulations to both you & keep bring the joy & lots of love. inside the family.. alhamdulillah.. “
” Sebelum ni ramai kata “nasib la dapat mertua sheila rusly mulut dia cemana pulak bla bla bla” tapi hakikatnya dorang satu family happy je bonding pun kuat.. “
” Betul tu idaman setiap wanita yg bergelar menantu. Dapat yg very understanding pula. Rezekinyaa.. kita pulak ikut nangis sama.. “
” Rezeki dpt mertua memahami syg mcm ank sendri.. alhamdulillah. Smua menantu kt dunia ni pun idamkan mertua syg menantu mcm ank.. “
” Nangis jugak.. bertuahnya awak Elisya.. tak semua wanita dapat rezeki macam ni. Bila kita dri broken family, bila kita dh besar we learn from the past, we will protect our family at any cost.. “
Elisya memang wanita yang beruntung kerana mendapat mentua idaman seperti ini. Mentua yang tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak dan menantu dan semuanya dilayan sama rata. Semoga keluarga Sheila Rusly ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inayah Beauty, IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

