Artis / Selebriti
” Sebab nampak sangat ayah dia penat dan stress. Amayan ni mesti dia risau kesihatan ayah dia.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Aliff Syukri ketika bersiaran di Radio Era. Risau betul Ammar dengan abah dia. Satu impian Ammar untuk abahnya buat ramai tersentuh. Bagusnya Ammar..
Ammar Ahyan antara nama yang trending dan menjadi bualan ramai masa kini. Anak sulung kepada pasangan usahawan D’ Herbs, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida ini sendiri tidak menyangka dirinya akan mendapat perhatian dan popular sebegini. Ammar seorang anak yang jujur dan telus dalam pertuturannya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan perbualan Ammar bersama team 3 Pagi Era semalam. Bagi yang mengikuti live Ammar dan Dato’ Aliff, pastinya ada melihat Dato’ Aliff menangis selepas Ammar memohon maaf sebelum mengakhiri siaran langsung. Boleh lihat di sini.
Rupa-rupanya ini yang terjadi dan Ammar memberitahunya secara terbuka di konti Era. Kata Ammar, dia tersalah cakap kepada abahnya dan dia ingin memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya itu. Ammar mengatakan niatnya cuma satu, dia tidak mahu abahnya itu terlalu struggle berkerja untuk mencapai sesuatu.
Ketika ditanyakan impian Ammar yang ingin dicapai dalam hidupnya itu, Ammar memberitahu dia ingin membawa abah, mama dan 2 orang neneknya bercuti. Bukan menggunakan duit Dato’ Aliff tetapi menggunakan duitnya sendiri dan destinasinya juga mengikut kemampuan Ammar.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Alahai bagusnya Ammar ni, memang calon menantu mithali. Dia cakap planning dia masa terdekat ni nak bawak abah, mama dengan nenek-nenek dia pergi bercuti dulu dekat Langkawi sebab dia kesian tengok abah dia kerja keras. Lepastu bila dia dah upgrade diri dia nanti, baru dia bawak family dia pergi bercuti kat Europe. 😭 #sharERA #3PAGIERA #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Anak yang baik, tak harap kan duit org tua.. walaupun ammar kurang skil komunikasi tapi dia masih beradab.. Nk bawak mak ayah nenek bercuti guna duit dia okey, memang salute lah Amayan.. “
” Sbb nampak sgt ayah dia penat dan stress.. Kerap marah pun adalah salah satu punca penat n stress. Almost hari2 datuk marah2.. bahaya utk kesihatan juga.. Amayan ni mesti dia risau kesihatan ayah dia.. “
” Bgus amayan.. dia sgt bgus merancang.. kalau tnya kita msti trus nk pgi jln jauh2.. tp dia tak.. dia ikut kemampuan yg dia rasa boelh capai.. well done amar.. “
” Ammar risau ayah nya keje kuat sgt mungkin dia nak masa spend time bersama keluarga sbb tu dia highlight nak bawa family pegi bercuti tu.. sbg anak dia hanya nak masa bersama family dia. he is a good boy.. “
” Ikhlas dia ni, jujur sangat orangnya.. Terbaikkk Ammar ni.. Bukan tempat yang menjanjikan kebahagiaan tapi masa yang berkualiti dekat tempat yang biasa- biasa pun dah bermakna utuk orang yang berjaya dan masa yang limited.. “
” Ammar, you set a good example. He knows his father works hard and he felt it was not right for him to say don’t work hard for something. It took the opportunity to minta maaf.. “
” Mulia hati amayan.. bdk baik.. ammayan awak tau tak skrg ni satu malaysiandah suka kan awak.awak dah bnggakan mak n ayah awak.ank yg hebat lahir dr keluarga yg hebat.smoga mjadi ank yg soleh n jd kebanggan keluarga ye.. “
Anak sulung yang sudah tahu erti tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya. Kerisauan Ammar itu berasas kerana Dato’ Aliff ada kalanya kurang rehat kerana terlalu kuat bekerja. Apa-apa pun, salute kepada Ammar kerana sangat matang dan sudah pandai merancang untuk masa depan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen