Artis / Selebriti
” Sebab itulah dia biduanita negara. Meremang, love Tokti.. ” – Komen Netizen
Video DS Siti Nurhaliza buat kejutan tiba-tiba bangun di tempat penonton dan menyambung menyanyi lagu Percayalah yang dinyanyikan oleh DS Rossa. Wah terkejut Rossa dan penonton, ada terkucil sikit pun sedap nyanyian Tokti..
Meninjau ke akaun Instagram Mstar Online, perkongsian sebuah video yang memaparkan konsert Dato’ Seri Rossa yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah meraih perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Rossa menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Percayalah.
Rossa menyanyikan lagu ini sebagai tanda memberi penghormatan buat Dato’ Seri Siti yang merupakan sahabat baiknya. Namun tanpa disangka oleh Rossa dan para penonton, Dato’ Seri Siti secara tiba-tiba bangun dan menyambung nyanyian Rossa.
Hal ini membuatkan Rossa berasa agak tersentuh hati dan nyanyian Dato’ Seri Siti ini membuatkan satu dewan bersorak. Wah, siapa sangka penyanyi nombor satu negara ini akan bangun dan menyanyi secara tiba-tiba. Seperti mendapat satu persembahan percuma.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun nyanyian Dato’ Seri Siti ada part yang ‘ terkucil’, namun ia tidak mencacatkan persembahan pada malam tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sbb tulah dia biduanita negara .luv tokti.. super.. sbb vocal teachers selalu ckp projection suara siti sgt power dan stabil, boleh tembus dan penuhi segala ruang walaupun sebesar stadium. patutlah penyanyi nombor 1.. “
” Faham tak betapa powernya siti? mic penonton(basically utk bercakap) tu tak sensitive mcm mic singer atas stage (utk vokal), tapi suara siti tetap jelas bergema seluruh axiata yg besar tu? “
” Untung yang datang. Dapat dengar Ernie, Dato Siti nyanyi… Pernah tgk program tv suatu ketika dahulu (nama program dah x ingat), Dato K pernah cakap lagu Dato Siti yg paling beliau minat adalah ‘Percayalah’.. “
” Gang tengok momen indah ini berulang kali angkat tangan . rossa always cantikkk suara siti aduhhh.. alaaa ruginya tak decide pergi.. “
” Ya Allah best nya suara Biduanita negara ni. Masa aku kecik muka rossa macam siti. Sekarang macam shiha pulak.. masya allah idolaku.. “
” Terkucil yg sedap.. adoii.. petua apa la tok ti amal ni eak.. masa ni tokti baru sampai,ngam² masa lagu negaraku tgah on .. “
” Awet muda dua dua.. Meremang, cantiknya baju Rossa.. aah sudah aku lebih terfokus gown dia haizz.. that why,I’m respect tok ti…she is very pretty and humble.. “
Cukup bertuah para penonton kerana dapat mendengar Dato’ Seri Siti menyanyi sekali. Sikap Dato’ Seri Siti cukup humble dan disebabkan sikap ini yang membuatkan Dato’ Seri Siti disenangi oleh ramai rakan artis dan juga peminat-peminatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

