Artis / Selebriti
” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Bella Astillah, Ayden dan Ara mendedahkan panggilan mereka kepada YB Syed Saddiq buat warganet tersentuh. Alahai, laju je Ara jawab. Sebak pula dengar..
Umum mengetahui bahawa semalam merupakan hari yang paling istimewa buat Bella Astillah dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila mereka telah selamat mengikat tali pertunangan. Perkongsian khabar gembira ini juga membuatkan para peminat turut berasa tumpang bahagia dan teruja dengan fasa baharu dalam kehidupan mereka.
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era FM, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan temuual bersama anak-anak Bella iaitu Ayden dan Ara di majlis pertunangan ibu mereka. Suasana ceria jelas terpancar apabila kedua-dua mereka kelihatan begitu selesa dan gembira sepanjang sesi tersebut.
Menerusi video itu, Ayden dan Ara turut berkongsi panggilan mereka kepada YB Syed Saddiq dan perkongsian tersebut juga mencuit hati ramai. Keakraban yang ditunjukkan antara mereka jelas menggambarkan hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang.

Malah, bukan itu sahaja, Ayden juga berkongsi mengenai aktiviti yang sering dilakukan bersama YB Syed Saddiq, yang membuatkan ramai teruja melihat gelagat mereka. Perkongsian tersebut nyata menambahkan lagi rasa senang hati dalam kalangan warganet yang mengikuti perkembangan pasangan ini.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Banyak-banyak vidoe, ini rasa paling tulus. Bijaknya Ayden menjawab ya.. Paling² pegi jogging, pegi swimming.. Mmg figure seorang ironman .. “
” Alaaa so cute Ara & Ayden.. Congrats to mummy & daddy.. 2 anak kecil happy, satu Malaysia mummy mama mak Umi mak semuaaaa hapyyy.. “
” Skrg boleh dah mula panggil daddy takde cover2 .. Masyaallah our dream come true already.. Tahniah Bella dan YB.. “
” Alhamdulillah, Tahniah YB SS dn YBELLA diatas pertunangan nya. Serta majlis Pernikahan nanti berjalan lancar jugak serta Bahagia Sampai keJannah ALLAH SWT.. “
” I’m so hapieeeeee for the kids and for our Bella.. Sorg bella semua perempuan happy.. Auchhhh so happpyyyy sangat2.. “
” Ara laju je jawab “Daddy”… Sebelum ni dah ter spill tapi cover2 lagi… Lepas ni takyah cover2 dah Ara and Ayden.. “
” Finallyyyyyy daddyyyyyyy.. Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab, “Panggil Daddy” tu..”
Momen indah ini bukan sahaja menjadi kenangan bermakna buat keluarga kecil ini, malah turut menyentuh hati ramai yang menyaksikannya. Semoga ikatan yang dibina ini terus dipenuhi dengan kebahagiaan, kasih sayang dan diberkati hingga ke jenjang pelamin serta selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber :IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

