Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

Video Thalita mencari Watie Hanifiah ketika sedang menyanyi di majlis Jakel Fashion Show 2026 buat ramai tersentuh. Sweetnya Thalita cari dan ingat kat mummy dia. Part Thalita kenyit mata tu comel sangat..

Meninjau di akaun Instagram milik majalahremaja, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak perempuan pelawak Shuib, iaitu Thalita, membuat persembahan nyanyian di majlis Jakel Fashion Show 2026 yang berlangsung semalam. Persembahan tersebut mencuri perhatian ramai apabila Thalita tampil yakin menyanyi di atas pentas.

Menerusi video berkenaan, Thalita membawakan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah ibunya. Nyanyian yang disampaikan dengan penuh perasaan itu berjaya menyentuh hati penonton dan memperlihatkan bakat serta penghayatan Thalita dalam dunia nyanyian.

Namun begitu, moment paling menyentuh perhatian adalah apabila Thalita sempat mencari mummynya iaitu Watie ketika sedang menyanyi. Thalita dilihat tercari-cari kelibat ibu tirinya itu sebelum akhirnya menemui mummy tersayang yang sedang duduk bersama penonton yang lain.

Perkongsian video ini turut mendapat perhatian warganet apabila ramai meluahkan rasa tersentuh melihat hubungan rapat serta kasih sayang Thalita terhadap ibu tirinya. Ramai yang memuji keikhlasan perasaan yang ditunjukkan, selain mengagumi kematangan Thalita pada usia yang masih muda.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Anak perempuan selalu nak ade ibu dia kan. Thalita beruntung Siti Sarah ,seorang yg berhati baik, mulia, ibu yg melahirkan while mummy juga adalah insan penyayang menjaga dia.. “

” Comelnyelaa Thalita ni. Cheeky tau.. Gaya dia kelakuan dia saling  tak tumpah mcm arwah ibu dia sebijik.. “

” The only approved ibu tiri.. Nampak Watie memang sayang sangat dengan Thalita, sebab tu Thalita manja dengan dia.. “

” Comelll la dekta kenyit mata kt mummy.. Senyuman dekta mcm mak dia.. Allah rindunya arwah Siti Sarah.. “

” Bagus didikan keluarga dia. Anak yang baik. Syg mummy dia… Rezeki shuib dapat watie sebagai pengganti.. “

” Eeeeieeee sweet dia macam ibu dia laaa.. Comel je thalita cari mummy dia.. Kita pun suka pula tengok gaya Thalita.. “

” Arr comel kenyit mata kat mummy.. Manja betul Thalita dengan mummy, menyanyi pun cari2 mummy.. “

Di akhir video turut dirakamkan momen manis apabila Watie bersama Thalita bergambar di atas pentas, melambangkan ikatan kasih sayang yang erat antara mereka. Detik penuh emosi ini bukan sahaja menyentuh hati penonton, malah menjadi bukti bahawa kasih sayang sejati mampu terjalin tanpa batasan darah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG majalahremaja

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak