Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya ralat sampai ini hari ustazah sebenarnya.. ” – Nabil Ahmad

Video Nabil Ahmad meluahkan rasa kesal dan terkilannya kerana terlepas pandang satu moment penting bersama arwah ayahnya buat ramai tersentuh. Bergetar suara Nabil menahan air mata, sebaknya dengar.. 

Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan dan sebagai hambaNya, kita tidak akan akan mengetahui bila ajal akan menjemput. Kehilangan sosok tubuh yang dipanggil ayah meninggalkan kesan yang cukup mendalam untuk pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil berkongsi luahan hatinya ketika bersiaran di MeleToP. Slot bersama Ustazah Asni Mansor bercerita mengenai menghargai kedua orang tua mengusik hati Nabil.

Kata Nabil, dia kehilangan ayah 2 tahun yang lalu dan ada sesuatu yang dipendam olehnya iaitu rasa terkilan kerana terlepas pandang kejadian sebelum ayahnya pergi untuk selama-lamanya. Nabil mengimbau kembali peristiwa arwah ayah dan ibunya datang ke set MeleToP untuk menyambut hari lahir Nabil.

Dalam banyak video yang dirakamkan ketika itu, ada satu moment yang Nabil hanya sedarinya setelah ayahnya pergi. Nabil merasa sangat kesal dengan perbuatannya ketika itu. Bergetar suara Nabil bercerita kerana menahan sedihnya. Dalam gelak ketawa Nabil, ada kesedihan yang Nabil simpan jauh di sudut hati sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Biasa lah nabil… yg hidup kt selalu xperasan,terlps pandang…da xda baru rase kehilangan…normal tu sedih.. nk nyesal memng da terlambt.. “

” Kadang-kadang bl seseorg tu nk pgi,mmg ade benda yg buat kite ralat,sje nk tgglkn kenangan tu,tp peritnya rs.. “

” Lepas da xda baru kt perasan kan,Dan menyesal Dan meninggal kan kesan yang mendalam.. Benda ni nabil dah banyak kali cerita , jadi yang masih ada mak ayah , jaga lah sayang lah sebelum terlambat.. “

” Saya faham sangat perasaan Nabil sebab saya pernah alami situasi yg hampir dengan dia. hargailah masa mereka masih hidup walau dlm keadaan apa sekalipun.. “

” Kata2 nabilzira benar aku relate sesgt sbb itu yg aku rasa … sbb tu aku melangitkn kesemua doa yg aku inginkn spnjg bln Ramadhan ni, berperang dgn doa2 insan2 yg lain … moga kedua2 org tua aku diizinkan melihat aku brnikah sblm mereka berdua menutup mata selamanya.. “

” Perasaan yg sukar di gambarkan atau di luahkan dgn kata-kata. Kalau setiap detik waktu boleh di ulang.. Saya pun pernah lalui mcm nabil.. sekarang hanya mampu berdoa untuk Arwah Bapak semuga di tempatkan di kalangan org2 beriman.. Aamiin.. “

” Nabil pernah luah hal ni sebelum ni. Betul betul dia down.. sm apa yg sy rasa dgn arwah mak.. knp sy tk peluk dia kuat kuat knp sy tk tdo dgn dia mlm mlm.. semua sy terlps pandang.. “

Kekesalan yang terus membelenggu diri Nabil sehingga ke hari ini. Namun semuanya telah pun terjadi dan ianya jalan cerita yang telah pun ditetapkan Allah untuk Nabil lalui. Semoga cerita Nabil ini dapat dijadikan iktibar untuk semua yang masih mempunyai ibu dan ayah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak