Artis / Selebriti
” Saya pun tak sampai hati sebenarnya, sebab kadang-kadang Aazief macam takut lah.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video DS Siti Nurhaliza Pecah Rahsia Anak Tirinya, Aazief Khalid Yang Ramai Tak Tahu. Part Yang Tokti Cakap Sebab Lambat Dapat Anak Tu Kelakar. Sempat Lagi Tokti Buat Lawak, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik Apa Cerita Podcast telah dikongsikan video wawancara penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Menerusi wawancara itu, turut ada bersama adalah anak tiri DS Siti iaitu Asyraf Khalid sebagai pengacara rancangan tersebut. Topik yang diborak oleh DS Siti pada kali ini adalah berkongsi mengenai hubungan bersama anak-anak tiri di awal perkahwinannya.
Umum mengetahui sebelum mendirikan rumah angga bersama DS Siti, Datuk Khalid mempunyai empat orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu. Kongsi DS Siti, hubungan bersama anak-anak tiri sangat baik dan mereka menerima seadanya dirinya serta sangat menghormati DS Siti sebagai seorang ibu.
Selain itu, akui DS Siti bergelar seorang ibu yang tidak mempunyai pengalaman menjaga anak membuatkan dirinya rasa ada banyak kekurangan. Namun begitu, DS Siti berusaha menjadi seorang ibu yang baik di mata anak-anak tirinya dan belajar menyesuaikan diri dalam keluarga baru.

DS Siti turut berkongsi cerita anak yang paling lama di bawah jagaannya adalah anak keempat Datuk Khalid, Aazief. Seloroh DS Siti sambil menahan ketawa, sehingga umur Aazief 10 tahun, Aazief masih tidur bersama mereka dan kerana sebab itu Aazief lambat mendapat adik baru.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain ramai yang terhibur dengan perkongsian cerita oleh DS Siti, ramai juga turut memuji sikap DS Siti melayan anak-anak tirinya. Antara komen-komen warganet adalah :
” Kalu dia tak baik… Tak laa ex Tok K boleh baik dgn dia smpai skrg… Diorg pon big happy family n respect each other.. Love sangat tengok family ni.. “
” Selalu kagum dgn cara berbicara Tokti sngt halus dan ramah, dri dulu gak berubah, love you Tokti.. Baru tahu Aazief paling manja lah yer, hehe.. “
” Kalau TokTi ni tak baik.. Takkan anak bungsu (time tu) dari kecik boleh sebumbung bahkan tidor sebilik Ngan TokTi.. One in a million as a singer and step mum.. “
” Truly inspiring mak Iti so sporting and very humble.. Boleh tak mak Iti memang bukan orang yang fake, dia jadi diri dia sendiri.. Ptt ramai yang sayang.. “
” Mmg sedih bila dengar ctdk kaeen ngan duda. Tapi ye la, kawen bujang ke duda ke tetap ada cabarannya. Tapi happy tengok bila mereka semua dah berjaya tempuh dugaan2 ya g berat pada awalnya. Semua happy ending.. “
” Mak Iti memang luar biasa santun dan penuh perhatian … Contoh ibu teladan bagi semua orang.. Suka tengok Mak Iti bila bercakap, lemah lembut betul.. “
” Ct memang mak tiri yang baik, tengok lah anak menantu semuanya rapat dengan dia.. Keikhlasan Ct terasa smpai sini tauuu .. Cantik peribadi Ct.. Soo touching.. “
Penuh kelembutan DS Siti melayan anak-anak tirinya. Maka tidak hairan lah sehingga ke hari ini pun, anak-anak tiri mahu pun menantu-menantu DS Siti sangat rapat dengan DS Siti. Apa-apa pun semoga DS Siti terus bahagia bersama keluarga dan segala urusan DS Siti sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG apaceritapodcast, aaziefkhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

