Artis / Selebriti
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin

Video Fattah Amin mengumumkan dirinya sudah bertunang di Konsert Jiwa Kacau 2025 mengejutkan ramai. Wah pengakuan secara terbuka ni, tahniah Fattah..
Konsert Jiwa Kacau 2025 yang berlangsung semalam mendapat sambutan hangat daripada ramai warganet. Banyak persembahan menarik yang dapat ditonton pada konsert itu dan salah seorang artis yang hadir membuat kejutan adalah duda hangat masa kini, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah naik ke pentas dan turut menyumbang sedikit suaranya menyanyikan lagu Kerispatih. Pengacara konsert semalam, Radin Era juga memainkan peranannya menghangatkan suasana konsert.
Mendengar suara Fattah menyanyi, ramai yang memuji kelunakan suara Fattah sekarang. Radin pula mengusik Fattah dan mengatakan Fattah hadir ke konsert itu bersama rakan sekerjanya, Amira Othman. Bertambah riuh apabila nama Amira disebut dan semua mencari kelibat Amira.
Fattah turut menjawab persoalan daripada Radin yang mengatakan dirinya sudah engaged. Kata Fattah, pengakuan yang jujur dan ekslusif ini khas untuk Konsert Jiwa Kacau. Radin sendiri terperanjat mendengar pengakuan Fattah kerana Amira langsung tidak memberitahu hal itu kepada Radin.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak GempakNews: Wow Fattah Amin ada buat pengumuman istimewa la di Konsert Jiwa Kacau 2025 😍😍 Baca artikel penuh di www.gempak.com atau klik link di IG Story. Jangan lupa follow IG dan TikTok @astrogempak untuk info semasa. #Gempak #AstroGempak #viral #beritaterkini #MalayNews #hotnews #trending #kinitrending #ceritapanas #viralupdate #netizen
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Macam mana pempuan-perempuan lain berjaya lepas kena cerai, ha camtu la dia.. tapi dia versi laki.. “
” Wawww kemain Fattah Amin menyanyi kat full crowd la.. pandai mainkan perasaan crowd taw, bergegar depa menjerit taw taw engaged lain, dgn NEX. Congrats Fattah Amin another new product as duta. Semoga terus murah n melimpah rezeki.. “
” Terbaik Fattah, semakin confident dan ceria.. Alhamdulillah rezeki abg long Duta Nex air mineral.. semoga fattah kaya dn berjaya dunia akhirat.. dipermudah jdoh dgn Amira.. “
” Seriuslah ramai yg bersorak yg laki2 semua amik video ternyata Fattah mmg famous ramai org senang dgn dia power.. suara pun besty.. “
” Hahahhahaa banglong ni wat ak debor. hadoi igtkn dia nk confess kat umum dah..xpela,pape pun tahniah la ye banglong atas engagement itu dan smoga semakin dimurahkan dan dilancarkan lagi rezeki fattah.. aamiinnn.. “
” Aku punya excited last2 kena scam.. ehhh fattah ni.. aku dh la dok tnggu dya n amira ,pastu bella n ss ja… pasangan paling ditunggu-tunggu.. “
” Terbaik Fattah, masih jujur.. Kecoh la fatah hahaha aku ingtkan dgn sape dia engage.. baru aku nk jerit tadi.. apa kena scam hahah.. “
Bergema dengan suara sorakan penonton mendengar ayat Fattah sudah engaged itu. Pandai Fattah ‘scam’ semua orang ye, ingatkan betul-betul pengakuan berani di hadapan ribuan penonton mengenai FattMira, rupa-rupanya meleset. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fattah dan Amira, kalau ada jodoh pasti tidak akan ke mana.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral5 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Viral4 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff