Artis / Selebriti
” Saya harap Fattah mampu pikul amanah jawatan dengan penuh cemerlang. See you at work.. ” – Pak Mat
Perkongsian Fattah Amin dilantik secara rasmi sebagai staff Pak Mat Western dibanjiri dengan ucapan tahniah. Wah bukan biasa-biasa jawatan yang Fattah dapat tu, gempak lah Fattah. Dan dan ramai nak minta kerja dengan Pak Mat, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Pak Mat Western, posting terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Pak Mat Western telah mengumumkan bahawa Fattah Amin telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran oleh Ahli Lembaga Pengarah Pak Mat Western Group.
Fattah sebelum ini telah membuat sesi live mempromosikan produk Pak Mat Western dan hasil daripada sesi live tersebut telah melonjakkan hasil jualan. Kini pastinya jualan akan semakin bertambah melonjak apabila Fattah kembali sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran.
Jawatan yang diberikan buat Fattah ini merupakan satu tanggungjawab buat Fattah kerana dilihat mampu merancang dan merangka strategi jualan melalui media massa dan juga media sosial. Wah, nampaknya semakin hot lah Fattah selepas ini.

Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh dua jam ia dimuatnaik. Inilah yang dinamakan rezeki buat Fattah dan ramai peminat memberi sokongan buat Fattah. Semoga amanah yang diberi digalas dengan baik oleh Fattah.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan rasa syukur dan ucapan tahniah buat Fattah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Layak la. Tengok la dia bawak tudung fazura mcm mana sampai jd fenomena. Rezeki kepada orang yang penyabar tak kemaruk dengan harta dunia.. “
” Alhamdulillah…Syukur..Allah lancarkan,limpahkan rezeki awak fattahaminz .. Moga Allah jaga awak sebaik mungkin.. Inshallah.Aamiin.. “
” Fuhh padu lah! Tahniah.. Semangat sikit pasni nak beratoq.. Bamtah, cer reveal sikit camne ghupe pak mat tuu. Snap curi2 pun takpe .. “
” Alhamdulillah Rezki x pernah salah alamat. Congrats fattahaminz & fly higher.. Perghh CMO. Chief Marketing Officer. Bukan biasa2. Barisan C-Suites Executive.. “
” Wowwww serios lah? Alhamdulillah tahniah Fattah .. dapat cuti tahunan berapa hari Pak Mat? wow marketing menyala.. “
” Alhamdulillah syukur TAHNIAH fattahaminz , rezeki sentiasa datang pada waktu yang tepat .. semoga terus success & fly high.. “
” Alhamdullilah… congratulations Fattah.. rezeki tak salah alamat.. Mostly komen dalam ni semua perempuan. Takpe saya jadi lelaki pertama.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Fattah Amin atas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western. Semoga jawatan yang diberikan dipikul dengan sebaik-baiknya dan terus maju jaya hendaknya buat Fattah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pak Mat Western
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

