Artis / Selebriti
” Sampai terkedu ummi dorang tengok. Tinggi betul kesabaran Faz.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Fizo Omar, Wan Khaleeda dan Wan Umaira ‘kantoi’ bermain sesuatu dengan ibu mereka, Fazeera buat ramai terhibur. Terdiam Faz tengok, last-last tak sangka Faz macam tu dekat anak-anak, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga pelakon Fizo Omar, pasti mengetahui Fizo mahupun isterinya, Fazeera sering berkongsi perkembangan anak-anak mereka untuk tontonan umum. Setiap perkongsian mengenai telatah dua anak perempuan mereka, Wan Khaleeda dan adiknya, Wan Umaira sering mencuit hati ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Faz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Faz ingin melihat apa yang sedang dilakukan oleh dua puterinya itu. Menurut Faz, sejak tadi Khaleeda dan Umaira bermain, namun keadaan tiba-tiba menjadi sunyi membuatkan dia tertanya-tanya apa yang berlaku.
Dengan rasa ingin tahu, Faz pun menuju ke arah mereka untuk melihat sendiri. Dari jauh sudah terlihat kedua-dua beradik itu berada di tepi kolam mainan mereka. Setibanya di situ, Faz terus terkedu apabila mendapati Khaleeda dan Umaira sedang meniarap di tepi kolam mainan sambil menenggelamkan kasut ke dalam air.

Melihat situasi yang tidak diduga itu, Faz hanya mampu menggeleng kepala sambil berkata ‘ikut suka mu lah, anak’, tanda Faz redha dengan kreativiti dan keaktifan dua puterinya itu. Reaksinya itu turut mengundang ketawa warganet yang menonton video berkenaan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji ketawa selepas menonton video ini dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sampai terkedu ummi dorang tengok. Tinggi betul sabar Fazz, haha.. Kalau i.. Dah lama mulut macam speaker dah.. “
” Silence means something, hahahahaa.. Baik main bising-bising daripada diam-diam sebab kalau diam2 tu mesti ada yang tak kena.. “
” Sy kalau anak bising tu pd sy biasa. Kalau dia tbe2 diam tu sy risau. Maknanya adalah apa2 experiment dia tgh buat, HAHAHAHA.. “
” Kita pulak takut terkejut bila buat inspection anak takut buat benda ii pelik.. Dlm diam dia ada buat kerja, haha comel2 laa geram tengok.. “
” Ayat last, kot mung lah nak.. Lucu Faz pun cakap cara Kelantan dah.. Adik sama muka dgn Datin Pop lah.. “
” Pulak dah lawa lawa, anak masa tu lah kaki hitam, baju semua basah.. Hahahaha mahu tak terdiam maknya tengok.. “
” Hahaha terkedu mak dia tgk. Malas nk stress , lantok mu la nakk oi. Buat la apa nk buat.. Dari nak marah2 kan.. Biar jalah.. “
Sekali lagi video ini membuatkan ramai terhibur. Talatah anak-anak kadang kalanya tidak dapat dijangka. Tidak hairanlah setiap kali Fizo dan Faz memuatnaik momen anak-anak mereka, pasti ada sahaja gelagat comel yang mencuri tumpuan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ffezyranesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen


