Artis / Selebriti
” Sampai blushing diorang kena usik.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin dan Amira Othman diusik oleh Kumpulan senario ketika sesi rehearsal untuk majlis meperkenalkan duta Jakel buat ramai terhibur. Amboi siap berkompang lagi, sampai malu-malu Fattah dan Amira dibuatnya. Merah-merah muka, hehe..
Meninjau ke akaun Tiktok Imyourgirl06 dan Thefa_teamofficial, video di sebalik tabir ketika sesi rehearsal untuk majlis memperkenalkan Duta Jakel telah meraih perhatian ramai. Pada tahun ini, Fattah Amin dan Amira Othman telah dilantik sebagai Duta Jakel untuk mempromosikan pakaian raya keluaran Jakel.
Sebelum berlangsungnya majlis, mereka telah melakukan raptai untuk sesi catwalk ketika keluar di hadapan pentas. Namun sebaliknya yang berlaku ketika sesi tersebut, mereka berdua telah diusik oleh ahli kumpulan Senario iaitu Wahid dan Lan Pet Pet.
Ketika mereka berdua keluar ke hadapan, Wahid dan Lan Pet pet menyanyikan lagu Kompang Dipalu sambil mengetuk kerusi. Amboi, nampaknya ramai yang merestui jika mereka berdua benar benar bercinta. Sampaikan rakan artis pun turut sama mengusik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh 3 jam ia dimuatnaik. Reaksi Fattah dan Amira pula nampak malu-malu apabila diusik sedemikian. Sampai patah balik kedua-duanya masuk ke belakang semula.
Jom tonton video di bawah :
@im_yourgirl06 Kuat mengusik abg abg senario ni 😆🤣 #fattahamin #amiraothman #fattmira #jakel #raya #2025 #senario #capcut #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #2025 #doayangbaikbaik #selamathariraya #xybca #bilanakahwin
@thefa_teamofficial Sakan memasing ek 😝😂🤣 Credit video owner 😘 #fattahamin #amiraaothman #JakelMendonia #RayaMendoniaBersamaJakel #JakelBarulahRaya #IngatRayalngatJakel #jakeltextile
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat usikan daripada kumpulan senario. Antara komen-komen yang diberikan :
” Nih kalau up dekat fb serem oo.. hahaha ramai betul restu ni.. sweet nya…abg long dgn k long.. ecece.. malu2 plak.. haha.. “
” Aku yg duda ni pun setuju je klau dorang berdua ni dijodohkan.. cantiknya Dan sepadan Dan sekutu sy suka.. Angkat tgn pu n sama sama.. “
” So sweet diorg siap berkompang lagi.. alhamdulillah dh nmpk ceria semula muka FA.. kluar rahsia masuk kandang senario.. “
” Happy kn fattah skang alhamdulillah.. Betul lah tu kan.. Sweet sangat, pagi tadi tgk live Lan pet pet kita yg blushing .. sama cantik.. “
” Behind the scene pun ade eh.. kita senyum sokmo niiii. malu malu anak dara ni. smpi blushing diorg kne usik.. artis sama artis pun shipper agaknya ni.. “
” Amk kauorg berdua jd bahan usikan behind the scenes.. Malu malu mempelai.. sopan org ye amira ni..lembut je..xde tgedik2.. “
” InShAllah bakal pengantin FattahAmin dan Amira Othman – doa yg baik #wanitaterakhir #BilaNakKahwin.. sweet lah kena sakat.. “
Walaupun mereka hanyalah sekadar menjadi duta untuk Jakel, namun kerjasama antara Fattah dan Amira yang selalu bersama membuatkan ramai peminat mula menyukai pasangan ini. Kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Im yourgirl06, Tiktok thefa_teamofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

