Artis / Selebriti
” Sama weh, macam kembar seiras. Lagi-lagi bila Tracie pakai tudung.. ” – Komen Netizen
Video Tracie Sinidol cuba memakai tudung seperti Mira Filzah raih perhatian ramai. Wah, memang sebijik betul macam Mira bila Tracie bertudung. Dah macam kembar seiras lah..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan Tracie Sinidol cuba memakai tudung telah meraih perhatian ramai. Tracie merupakan pendatang baru dalam industri hiburan dan wajahnya disamakan dengan pelakon, Mira Filzah.
Walaupun Mira memakai tudung, manakala Tracie pula freehair, wajah mereka tetap nampak sama dan di awal kemunculan Tracie ramai yang keliru dengan menyangkakan Mira sudah tidak mengenakan tudung. Jadi pastinya ramai yang ingin melihat bagaimana pula wajah Tracie jika memakai tudung.
Menerusi video ini dapat dilihat wajah mereka sememangnya seperti pasangan kembar. Walaupun Tracie tidak mengenakan tudung dengan kemas, wajahnya hampir sama dengan Mira. Disebabkan wajah mereka yang seiras, banyak drama yang menggandingkan mereka bersama.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bukan senang untuk menjumpai seseorang yang mempunyai mirip wajahnya seperti kita. Kiranya Tracie dan Mira ini sangat bertuah bertemu ‘kembar’ mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa mereka berdua seperti pasangan kembar. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Kembar terpisah ker mcmana ….??? aduhh…sama la korang ni… mira kakak, tracie adik… Tracie xchill la, cer bagi pakai betul² nak tgk huhu.. “
” Aah sama, Dahi pun sama maaf shakap.. Cuba bagi Tracie pakai tudung exactly mcm mira..mesti sama gilerr .. mcm kembar, suara pun sebijik woo.. “
” Mira cuba pakai tudung bentuk lain jgn teruk melekap ke dahi.. Mula mula ingt mira filzah dah free hair.. Comelll! Sama betul niii best cerita Gadis Masaaa.. “
” Btol la.. masa tgk cite bawang merah bawang putih tu dh prasan sama muka mereka. Masalahnyaaa, suara pun sama.. “
” Try pakai tudung sama2.. sebiji sebijun… sama saling tak tumpah.. dua org ni klau belakon jadi adik beradik pun org akan percayaa.. “
” Ehzz dia non muslim ke?? Tapi cakap melayu.. kalau melayu asal laa sampai tak pandai pakai tudung..kesian nanti bila sampai waktu kena azab.. perit, pedih, seksa.. “
” Wehh sama wehh macam kembar seiras LAGI lagi bila tracie sorang pakai tudung.. yang llaki tu x yah sibuk bole takkkk?? “
Pastinya ramai yang teruja jika mereka digandingkan bersama sebagai pasangan kembar dan Tracie pula mengenakan tudung. Memang boleh keliru jika begitu kerana suara mereka juga lebih kurang sama. Semoga Tracie dan Mira terus berjaya dalam dunia seni hiburan tanah air. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri

