Connect with us

Artis / Selebriti

” Sakit melahirkan bukan sekadar luka, tapi bukti cinta yang tak terungkap.. ” – Farah Fakhira

Perkongsian Farah Fakhira selamat melahirkan cahayamata curi perhatian warganet. Bingkisan hati yang sarat dengan emosi. Sedih baca coretan Fara, bertambah sedih tengok ayah arwah suaminya azankan cucu. Indah nama baby, seindah maksudnya.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Farah Fakhira, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Fara selamat melahirkan cahayamata sulungnya. Fara insan yang diuji Allah apabila suaminya, Zaidul Ariff pergi menghadap Ilahi secara tiba-tiba beberapa bulan yang lalu ketika sedang bermain badminton.

Coretan Fara agak panjang dan membuatkan warganet sebak membacanya. 10 tahun melayari alam rumahtangga bersama arwah Zaidul, baru lah mereka dikurniakan cahayamata. Namun sayangnya, arwah Zaidul hanya sempat menemani Fara sepanjang 5 bulan kehamilan Fara sahaja.

Fara turut menzahirkan ucapan terima kasihnya terhadap ayah mertuanya yang selalu ada dan membantu Fara sejak arwah Zaidul tiada. Kasih sayang yang dicurahkan oleh ayah mertuanya ini umpama ayah kandung tidak terbalas budinya oleh Fara selagi hayat dikandung badan.

Sedih warganet melihat wajah ayah mertua Fara ketika mengazankan cucunya itu. Dalam gembira, terselit rasa sedih kerana teringatkan anaknya yang telah pergi. Fara turut memaklumkan di hujung kapsyennya, nama yang telah dipilih untuk puterinya ini.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 77 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kakakkku. Comelnyaa babyyyy.. smoga menjadi anak solehah ya nak.. Alhamdulillah semoga ibu dan bayi sihat dlm jagaan Allah SWT.. “

” MashaAllah Tabarakallah,dipermudahkan semuanya Farah.. nk type pun rasa berat hati, tp tau Fara mampu hadapi sbb ramai syg farah!! Hugs Nnt kita jumpa ya.. “

” Alhamdulillah comelnyaa baby anak solehah tuu. selamat berehat ibu hebat , semoga sentiasa dilindungiNya.. “

” Alhamdulillah , lahirnya seorang pejuang agama, penyejuk hati farahfakhira_ , akak doakan farah diberikan kebahagiaan luar biasa bersama baby tersayang. I am here for you kalau nak tanya apa2 pasal baby. sayang Farah.. “

” MasyaAllah farah.. tak kuat nya nak type panjang-panjang. Entah… syurga seindah mana… yang Allah sedang persiapkan untuk farah ya.. Moga kelak, Allah satukan kembali kalian…di tempat yang tiada lagi air mata, tiada lagi perpisahan dan tiada lagi kesedihan selepas itu.. “

” Allahuakbar. MasyaAllah Alhamdulillah. terlalu kuat & hebat Farah Fakhirah ni.. semoga mini fakhirah pon sehebat ibu nya, Syurga buat kamu sekeluarga.. “

” Allah.. tengok ayah mertua Fara azankan baby seolah tengok Zaidul tengah azankan anaknya.. Semoga membesar dengan sihat sayang.. “

” Farah Hana Khawla… saat kamu lahir, air mata ramaiii orang menitis kerana ‘kamu dan ibu mu’ wahaiii anak. Dan semoga suatu hari nanti, air mata gembira ini menjadi bukti bahawa kamu harta yang sangat berharga buat arwah ayahmu, ibumu dan seluruh ahli keluarga mu nakk.. “

Allah menghadiahkan Fara satu amanat yang bakal Fara jaga dengan baik dan sepenuh kasih sayang. Semoga baby Farah Hana Khawla menjadi anak yang solehah, sekuat dan seberani ibunya ini serta menjadi peneman setia Fara. Tahniah Fara daripada kami di Berita Kopak atas kelahiran ini dan selamat berpantang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Fakhira  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak