Artis / Selebriti
” Sahabat ni dia macam bintang, tak selalu terlihat tapi dia selalu ada.. ” – Fad Focey
Video Achey Bocey Datang Ke Rumah Fad Bocey Untuk Mengambil Anak-Anak Fad Buat Ramai Tersentuh. Memang Kawan Susah Senang Betul Fad Dan Achey. Touching Tengok Part Masa Anak-Anak Fad Naik Kereta Achey Tu !!
Umum mengetahui beberapa hari lalu, pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey kini menimang cahaya mata kelima. Berita gembira itu dikongsikan oleh Fad menerusi Instagramnya. Isteri Fad, Syaheera telah berkongsi jantina dan nama anak mereka yang diberikan nama sebagai Kahl Maleeq.
Terbaru, Fad berkongsi satu video yang memaparkan sahabat baiknya, Achey berkunjung ke rumahnya. Tulis Fad di kapsyen, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Achey kerana sudi datang membantu di kala dia berada dalam fasa sukar.
Menerusi video itu, kelihatan anak-anak Fad telah dibawa pulang oleh Achey menaiki kereta dan turut ada bersama adalah isteri Achey, Anne dan anak mereka iaitu Tiara. Perkongsian video ini telah mengundang rasa tersentuh di kalangan warganet.

Ada yang mengatakan suka melihat persahabatan antara Fad dan Achey yang dikatakan sudah seperti adik-beradik. Selain itu, ada yang meluahkan rasa rindu kepada arwah Abam. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Fad telah menerima belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Perkongsian Anne di IG Story miliknya :


Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka meluahkan rasa terharu melihat persahabatan antara Fad dan Achey. Antara komen-komen warganet adalah :
” You know what.. The bestie i adore is Bochey. Sangat2 adore dari dulu lg. Selalu bharap agar Bochey selalu bersama, tiada salah faham sampai bgaduh. Love their friendship.. “
” Kalau lah ada arwah abam lg mnyeronok kan, dia bleh tngok anak2 shbat dia mmbesar dgn jaya nya.. Al-fatihah Abam, trima ksih krana sudi mnghibur kan kami smua.. “
” Yeahh Tiara ada geng nk main.. Meriah la umah ayah dgn mama tu.. Sahabat sampai syurga.. Kita pun tumpang terharu tengok.. “
” Kekal bersahabat sampai ke syurga Aamiin.. Susah nk dpt sahabat yg mcmni sentiasa dgn kita susah dan senang, semoga kekal perhubungan ni.. “
” Semoga kasih syg keluarga kamu ini kekal hingga ke syurga.. Amiin.. Jangan sesekali ada yg cuba tabur fitnah untuk pisahkan mereka.. “
” Masha Allah.. Semoga persabatan kekal. Saye pulak yang sebak tengok nye ulang alik sampai 7 kali tengok video ni.. Huhuhu.. “
” Semoga persahabatan ini kekal ke jannah.. Nampak anak-anak Fad rapat dengan Achey.. Alhamdulillah.. Suka tengok.. “
Jelas terlihat persahabatan antara Fad dan Achey tidak ternilai harganya. Perkongsian oleh Fad ini membuatkan ramai yang terharu, lebih-lebih lagi apabila membaca kapsyen yang ditulis olehnya. Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga persahabat mereka akan kekal utuh selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fadbocwy, anne_achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice

