Artis / Selebriti
” Ruhainies nak kahwin dah ke ? Siapakah jejaka bertuah itu ? ” – Netizen
Video Ala-Ala Teaser Pra Perkahwinan Ruhainies Raih Perhatian Netizen. Wah Cantiknya Ruhainies Mengenakan Gaun Perkahwinan. Kalau Betul, Tahniah !!
Pelakon kecil molek Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas kini cukup popular dengan wataknya sebagai Ellani dalam drama Cukup Der1ta Itu yang ditayangkan di Slot Samarinda TV3. Ruhainies dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr E.
Meninjau ke laman Instagram milik Ruhainies, telah dikongsikan video seakan-akan teaser pra perkahwinan. Ruhainies dilihat memegang cincin, menunjukkan gaun pengantin berwarna putih yang digantung serta wajahnya dengan dirias cantik oleh jurusolek.
Ruhainies mengenakan gaun ala pengantin dalam rona putih lengkap dengan bunga tangan turun daripada tangga berlari ke arah kereta dan memandu kereta itu ke lapangan terbang. Sampai di lapang terbang, Ruhainie sekali lagi berlari ke arah sebuah pesawat ringan dan menaikinya.
Pada akhir video itu, terdapat tulisan mengatakan menghitung hari. Perkongsian Ruhainies itu menarik perhatian warganet membuatkan peminat tertanya-tanya samada video tersebut adalah benar atau tidak kerana video itu memberi bayangan seolah-olah Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Jom tonton video di bawah:
Ramai peminat memberi pelbagai reaksi atas perkongsian tersebut. Mereka mengucapkan tahniah serta tertanya-tanya samada betul Ruhainies akan berkahwin ataupun hanya gimik drama. Selain itu, ada peminatnya turut doakan agar dipermudahkan segala urusan. Antara komen-komen peminatnya:
“ Kak ruhainies nak kahwin dah ke.. wah congrats beautiful.. Huwaa jangan lupa jemput tahu kakak ruhainies7.. May Allah ease everythings.. ”
“ Masyaallah.. So cantik.. My beautiful bride.. Tak pernah tak cute.. Suka sangat follow ruhainies.. Semoga dipermudahkan segala urusan nya.. Amin.. “
“ Siapa bakal suami ?.. Tahniah.. Syukur2.. Alhamdulillah.. Kita berlari2 kat laut je.. Awak siap lari nak naik private jet.. Hahahaha.. Ruhainies7.. “
“ Kawin ngan sapa tuu?.. Teaser cdi?.. Ni bukan sho0ting ke awak.. Ingatkan montage drama tv3 tu.. Vip sangat lah tu.. Wow serius la bestnya.. Cantiknya.. Tahniah.. “
“ Alaa lani kawen dgn spe pulok.. Sis kahwin or new drama someone tell me.. Ni Wahh congrats beautiful.. Cantiknya akk ruhainies7 .. Alhamdulillah tahniah.. Good.. Tau2 dah nk nikah.. “
“ Sis nk kahwin kaa ?.. Siapakah jejaka bertuah itu.. Kemain mewah.. May Allah ease everything.. Congrats baby.. Wish you all the best.. cant wait.. “
“ Ruhainies7 nak kawin dh ker atau belakon jer nie.. Gimik produk ni kan.. Ni bukan cerita ke.. Lain mcm.. You look so beautiful and comel.. semoga semuanya dipermudahkan.. “
Tidak dapat dipastikan kesahihan video berkenaan kerana tiada pengesahan lanjut daripada Ruhainies sendiri mengenai perkara itu. Apapun sekiranya benar, tahniah buat Ruhainies dan pasangan. Semoga segala urusan perkahwinan yang dirancang dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ruhainies7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sedihnya tengok video Nyamma, terus menitik air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Abbas tu macam rupa abah je. Abang Bilal copy Umi betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Shila memang power, dengar sambil tutup mata awesome weh. Meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alolo cute betul kartun tu, perasaan dia macam dapat first baby kan Dato’ , hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bini masuk air, laki pemalu. Adoi comel betul tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adoi Datuk Yusof perform dah molek sangat dah. Yang aku tak tahan tu si Lina kepom tu haha, i like.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Jujur sangat ni, sampai tercengang Omma. Kadang-kadang kejujuran itu menyakitkan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedih dan sayu pula tengok Fatima dengan daddy. Tak lepas Fatima genggam tangan daddy.. ” – Komen Netizen