Artis / Selebriti
” Riuh rendah pentas bila dua-dua kali melatah, haha.. ” – Netizen

Video Persembahan Noorkhiriah Dan Ieda Moin Dalam Program Komedi Gelak 90 Saat Buat Penonton Berdekah Gelak. Habis Lari Lintang Pukang Sebab Masing-Masing Melatah, Haha !!
Game show terbaru terbitan Astro iaitu Gelak 90 Saat adalah satu program mencabar selebriti-selebriti tempatan untuk membuat Target Misteri (juri) daripada latar belakang yang berbeza ketawa dalam masa 90 saat. Daripada selebriti, pempengaruh media sosial, BBNU, atlet, pekerja profesional dan lain-lain, hanya tawa mereka sahaja yang boleh menentukan nasib selebriti-selebriti ini untuk mara ke pusingan akhir.
Meninjau di akaun Instagram zon lawak telah dikongsikan video persembahan daripada pelakon Noorkhiriah bersama rakan gandingannya iaitu Ieda Mion. Video itu memaparkan Khiriah dan Ieda berada di atas pentas dan pada awalnya Khiriah menyakat Ieda sehingga melatah.
Lalu Khiriah berlari ke belakang pentas dan Ieda mengejarnya gara-gara melatah. Namun ianya tidak terhenti di situ saja. Selepas itu Khiriah dan Ieda sekali lagi melatah bersama-sama hingga mereka terlupa seketika skrip lakonan mereka dan pentas menjadi riuh rendah. Kedengaran suara penonton ketawa melihat telatah Khiriah dan Ieda.
Menerusi video kedua pula, Khiriah dan Ieda melakonkan watak ‘mak-mak’ bermain TikTok. Perkongsian video-video ini menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka menonton lawak Khiriah serta Ieda. Sehingga kini, video itu menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan dan rata-rata mereka meluahkan rasa terhibur selepas menonton video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Riuh rendah pentas bila dua-dua kali melatah, haha.. Pastu tngk diorg jdi ingt crita mario mariono bross dulu.. Lawak betul cerita tu.. “
” Lawak yg best tak perlu nk perli2 org.. Mmg suka depa ni.. Walaupon melatah, mmg sakit prut gelak tgok tadi dorang mmg best, ikut maharajalawak ni pasti best.. “
” Best tul kalu diorg ni gabung, mcm cter mario mariono bros.. Dah mmg melatah, nak buat mcm mane.. Tak de dibuat2.. Penat ade la.. Tu dah lari tajuk, haha.. “
” Allahu rabbi.. Haha hilang stree aku nengoknya.. Hahaha memang kelakar betul.. Bila dua sahabat ni sama2 buat lawak, riuh rendah jadinya.. “
” Memang sak1t perut kalau dgn dorang ni.. Kelakar betul tgk masing2 bila telatah.. Bila geng mario marionosss bersatu, best jadinya.. “
” Tgk semalam semata2 nk tgk Khiriah je, berbaloi sangat tengok sebab kelakar.. Layak lah dorang menang semalam, memang puas hati lah.. “
” Melatah tu satu bonus, hahaha terus jadi kelakar bila sama2 melatah.. Khiriah dalam diam menyakat Eida, haha lepas tu lari, haha.. “
Telatah Khiriah yang suka sangat menyakat Ieda mencuit hati ramai. Part ketika umum juara juga mencuit hati, sempat lagi sama-sama berlari ke belakang pentas. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Khiriah dan Ieda kerana telah bergelar juara pada minggu ketiga program tersebut semalam.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak, Tiktok astrogempak, iedamoin79
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen