Connect with us

Artis / Selebriti

” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen

Video respon YB Syed Saddiq dan Bella Astillah apabila ditanya soalan bila hendak berkahwin buat ramai teruja. Wah jelas ketara nampak berbunga-bunga di wajah Bella. Dengan penuh yakin YB jawab..

Hubungan mesra Bella Astillah dan YB Syed Saddiq bukan lagi satu rahsia. Malah kedua-duanya turut rapat dengan keluarga antara satu sama lain dan sering bersama melakukan banyak aktiviti. Pasangan ini sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan sejak dari awal mereka bersama sehingga kini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hezzy_khairie, telah dikongsikan satu video terbaru YB Saddiq dan Bella bersama pihak wartawan di Brunei. Pasangan ini berada di Brunei kerana menyertai festival yang berlangsung di Mid Valley. Bella dengan produknya Baellova, manakala keluarga YB Saddiq pula menjual produk Saffa.

Ketika ditanyakan oleh wartawan, YB Saddiq menerangkan baik keluarganya mahupun keluarga Bella ada di sini bekerjasama menjual produk-produk mereka itu. Untuk Bella sendiri, dia melancarkan handbag keluarannya sendiri di Brunei.

Tidak dapat lari dari soalan yang sering ditanya, wartawan itu bertanya bila lagi YB Saddiq dan Bella akan Bak Bak Bo0m yang bermaksud berkahwin. YB Saddiq sangat alert dengan ungkapan itu dan katanya sebagai lelaki, dia yang perlu memberikan jawapan mengenai soalan ini. Gentleman sungguh YB Saddiq dan sikapnya itu dipuji oleh warganet.

Jom tonton video di bawah :

@hezzy_khairie

Bila Lagi? Bak Bak Boom. YBSS dah bagi jawapan 😃 @Syed Saddiq @Bella Astillah #syedsaddiq #bellaastillah #BASS #lovelanguage #teambass

♬ original sound – Hezzy_Khairie – Hezzy_Khairie

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Kita tunggu klu birthday yb tiada bak² bo0m… kita tgu pula birthday bella mana tau ada bak² bo0m.. semoga bahagia milik BASS.. yb punya jwpn mmg terbaik.. “

” Smart answer from YB…. family first. ok geng set, tak lama dah ni.. ke ba bo0mmmm… wedding of the year.. tudiaaaaa… pabila Yb tak nafikan bsiap sdialah kita sekalian fan bass for weeding Princess Bella & Prince Charming.. “

” Senyum ayang2 dia., mata bella tu tak boleh menipu gais, so insyllah tak, lama lagi mereka bersatu, bella nampak ketara berbunga wajahnya, yb jawap dgn penuh yakin.. “

” Yahoo melompat aku dengar jawapan YB. Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. tak sabarnya nak tengok BASS bersanding.. “

” Ada dah tu bayang-bayang tu, gentleman YB Saddiq. Green flag.. Alhamdulillah mcm ada sinar je dh pass urusan kt family tu.. “

” Ok da xde ‘doakan ye’. Yang ade sekarang ‘antara 2 keluarga’.. mereka dh tak selindung lagi dah… Moga dipermudahkan urusan. tbaik jwpn yB.. “

” Bagus YB org tanya dia dia mengaku dia bertanggjawab utk jawab. mana nk cr laki camni bella oii.. waibee punya gentleman.. tiap kali org tanya pasal kawin.. dia akan offer diri utk jawab.. “

” Biarlah rahsia, keluarga yg uruskan…. mantap jawapan Yb.. kita doa jelah yg baik2… semoga Allah permudahkan urusan bahagia Yb Syed Saddiq dgn Bella Astillah . in syaa Allah aamiin.. “

Jawapan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para pencinta BASS. Walaupun tidak memberikan tarikh yang tepat, namun jawapan YB Saddiq itu memberikan satu hint arah perhubungannya bersama Bella bakal berakhir dengan kebahagiaan sebagaimana yang ramai harapkan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk BASS.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok hezzy_khairie   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Pore Clay Stick

Trending

Copyright © Berita Kopak