Artis / Selebriti
” Rasanya banyak yang mau diceritakan tapi cuma bisa bilang ‘ biarlah komen-komen ini mewakili ‘.. ” – Abby Abadi
Perkongsian terbaru Abby Abadi mengenai anaknya, Marissa Dania buat warganet tersentuh. Cukup komen-komen bercerita hati seorang ibu..
Kisah hidup Abby Abadi bersama anak-anaknya seringkali mencuri perhatian warganet. Tahun lalu tular di semua media sosial mengenai perkahwinan anak Abby, Marissa Dania Hakim bersama Aslam. Ianya antara tamparan yang hebat kepada Abby sebagai ibu, namun Abby pasrah kerana itu jalan yang telah dipilih oleh Marissa.
Sebagai seorang ibu, Abby sentiasa ada untuk Marissa dan rasa kasih dan sayangnya terhadap Marissa tidak pernah berkurang. Banyak persepsi yang diberikan oleh warganet mengenai kehidupan Marissa setelah bergelar isteri. Ada yang enak didengar dan ada juga yang menimbulkan rasa kasihan warganet terhadap Marissa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Abby bersama Marissa. Abby turut memasukkan tangkap layar komen-komen yang diberikan oleh warganet yang menceritakan segalanya yang dia rasakan pada saat ini.

Tulis Abby di ruangan kapsyennya, dunia ini hanya tipu-tipu dan semoga ada yang lebih baik menanti untuk hari esok. Membaca komen-komen yang disertakan dalam posting ini menunjukkan sayang dan prihatinnya warganet agar Marissa beroleh kebahagiaan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul marissa.. dengarr la cakap mak awak ni… dia lebih makan garam.. Nak jugak la pujuk Marissa. Lepaskan Cinta yg menyakitkan. Cari kebahagiaan lain Marissa.. “
” Undur je diri.. semua orang tak marahkan awak tapi kecewa dengan langkah yang awak buat.. kalau patah balik, in sha Allah ramai je lagi yang nak ratukan awak.. tak payah la sibuk menempel kasih lelaki yang sebenarnya tak sudi pun dengan awak.. kesian dik awak nie..”
” Cinta sejati itu datang daripada lelaki yang hanya memilih awak seorang, bukan berkongsi hati.. “
” Marissa. Sambung study please, boleh je sambil meniaga cari duit tu. Memang ralat you pilih jalan ni tp I cant comment pasal tu. tapi syg sgt x sambung study muda2 ni. Duit pun ada, ok bye.. “
” Mata xboleh menipu , luaran nampak kuat tp dlman awak rapuh.. Life is all about choices… choose what truly belongs to you, what nourishes your soul. Love yourself enough to stop settling for what hurts you. And always remember, a mother’s love is eternal.. “
” Kata hati mak selalu betul dik , kalau dari awal mak tu tak restu atau rasa lain dengan pasangan kita , ada bende tak kene la tu . Hidup ini ade pilihan , memang jodoh pertemuan semua Allah aturkan , tapi ingat Allah bagi kita berfikir juga tentang keputusan yang kita buat.. “
” Semoga Marissa menemui kebahagiaan sebenar.. you’re still young! Sacrifice then chase your incomplete dreams before, continue study & be someone important. Set your value, jangan risau jodoh yg jauhhh lebih baik pastiii akan muncul one day.. “
Ramai di kalangan warganet yang peduli dan sayangkan Marissa. Hati seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anaknya walau apa pun yang telah berlaku. Semoga doa Abby agar ada yang lebih baik menanti hari esok untuk Marissa dimakbulkan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

