Artis / Selebriti
” Random betul lah budak Ammar ni. Boleh pula dia nyanyi translate ke Bahasa Melayu, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan menyanyi lagu Justin Bieber bertajuk Baby dalam bahasa Melayu buat ramai terhibur. Random betul lah Ammar ni, siap translate lirik tu paling tak tahan. Part ‘bayi, bayi, bayi’ tu kelakar, haha..
Anak sulung Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan kini semakin dikenali ramai. Pada awalnya, Ammar hanya muncul di video live abahnya untuk belajar berniaga dan tidak disangka kemunculannya kini dinantikan oleh warganet. Rata-ratanya terhibur dengan perwatakan Ammar yang selamba dan random.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik me_media33, telah dikongsikan video yang memaparkan Ammar sedang membuat video live bersama adiknya, Ibraheem. Menerusi video itu, pada awalnya Ibraheem atau mesra dengan panggilan Baim memberitahu kepada Ammar, ada orang komen Ammar seperti Justin Bieber.
Dengan spontan, Ammar menyanyi lagu Justin Bieber bertajuk Baby. Namun, apa yang menarik, Ammar menyanyi dengan menterjemahkan lirik lagu tersebut ke Bahasa Melayu. Perkongsian video ini sekali lagi telah mengundang tawa warganet.

Ramai yang tidak menyangka Ammar menyanyi kerana cara Ammar menyanyi seperti sedang bercakap. Warganet mula menyedari apabila Ammar menyebut ‘oh bayi, bayi, bayi’. Rupa-rupanya lagu yang dinyanyikan oleh Ammar adalah lagu Justin Bieber.
Tonton video di bawah ini :
@me_media33 😂Ammar Ahyar Cover Baby JustinBieber Dan SodeTo Side Ariana Grande😂(MalayDub) @Baem_terlajaklaris #terlajaklaris #malaysia #fyp #tiktok #gosip #viral #TiktokMalaysia
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Random betul lah budak Ammar ni. Boleh pula dia nyanyi translate ke Bahasa Melayu, haha.. Aku dah keras perut dah penat ketawa.. “
” Laaahhh… Ingat Amayan meluah perasaan… Sampai part bayi bayi bayi, baru perasan lagu JB versi melayu.. Hahahaa Amayan2.. “
” Macam mana adek dia bole relax eh.. Klu ak da gelak non stop dah hahaha.. Ni memang lawak betul, serius weh lawak sangat2.. “
” Yang dia tu takpela nyanyi dengan takde perasaan tapi baim tu okay tak.. Rupanya Ammar ni memang kelakar lah, jenis cool je buat lawak.. “
” Weh lirik tu on the spot dia nyanyi ke ada lyrics.. Baim kenapa tak halang abang tu hahahahahaha.. Boleh baim pun layan dengar.. “
” Aku tak bolelahhh muka baim, dia macam kenapa abang aku ni. Tapi still angguk2 layan.. Kelakar sangat dengat Amayan nyanyi.. “
” Bayi bayi bayi ohhhh, siot lah dia ni, hahaa.. Macam mana lah aku boleh tertengok video ni, penat je gelak dengar nyanyian Ammar.. “
Bagus Baim melayan sahaja nyanyian abang sulungnya tanpa sedikit pun ketawa. Apa-apa pun, semoga anak-anak Dato’ Aliff ini terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan menjadi anak-anak yang membanggakan kedua ibu bapa mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok me_media33
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


