Artis / Selebriti
” Rajinnya Jebat tolong nenek buat kuih.. ” – Netizen
Video Gelagat Jebat Jayden Membantu Buat Roti Jala Untuk Berbuka Puasa Raih Perhatian Ramai. Wah Rajinnya Jebat. Pandai Ke Jebat Menggulung Tu, Hehe !!
Gelagat Jebat Jayden sering dikongsikan di media sosial. Ada sahaja perkongsian mengenai Jebat yang menghiburkan kerana mulutnya yang banyak berceloteh dan juga gelagatnya yang menghiburkan hati.
Terbaru, ada dikongsikan sebuah video di mana Jebat membantu membuat roti jala. Jebat membantu untuk menyusun roti jala yang sudah siap ke dalam talam yang disediakan. Sambil membantu Jebat turut berceloteh.
Video yang dirakamkan telah diambil menerusi Instastory Noor Nabila dan dimuatnaik di akaun Instagram Srikandi79. Wah, rajin sungguh Jebat membantu membuat roti jala. Pastinya menu ini untuk berbuka puasa.

Sejak video ini dikongsikan, sebanyak 794 tanda suka yang diberikan oleh netizen buat masa ini. Adalah sangat bagus dided4hkan kepada anak untuk membantu di dapur tidak kira sama ada anak lelaki atau pun perempuan.
Jom tonton video di bawah :
Seronok melihat sikap rajin Jebat menolong membuat kuih. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Jebat tolong nenek buat roti surai (roti jala) ke atau apa ? Pan4s kan ? Becareful sayang.. Rajinnya jebat tolong nenek buat kuih.. “
” Jebat tak sekoyah ke tuu.. Alhamdullah. Sangat bertuah ada baby boy as adorable , smart like Jayden.. “
Sekadar info, Jebat merupakan cahaya mata Noor Nabila dan bekas suaminya iaitu Sharnaaz Ahmad. Walaupun sudah berp1sah, pasangan ini tetap berbaik antara satu sama lain agar kasih sayang buat Jebat tidak terabai.

Jebat kini sudah berusia 5 tahun dan semakin banyak gelagat dan celotehnya yang menghiburkan. Semoga Jebat Jayden membesar menjadi anak yang baik serta berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak kebanggaan ibubapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Srikandi79
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti1 day ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

