Artis / Selebriti
” R0sak lagu, nasib baik terhibur hahaha.. ” – Netizen
Persembahan Penyamar Mohd Khairul Adha Di ICSYVMY3 Edisi Raya Menggamatkan Suasana Dengan Gelak Ketawa Penonton. Sampai Awal Ashaari Siap Campak Bantal Lagi Sebab Tak Tahan Menonton Aksinya, Kelakar Sungguh !!
Khas dirakamkan untuk edisi Syawal, rancangan hiburan kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia bersiaran kembali di TV3. Menampilkan penyanyi bersuara lantang Ramlah Ram sebagai artis jemputan, persembahan perbukaan daripada Ramlah Ram menceriakan suasana.
Untuk edisi khas ini, pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya menjadi juri penyiasat jemputan untuk sama-sama bergandingan dengan Jihan, Yusry dan Mark Adam. Semua yang tampil berbaju melayu dan berbaju kurung menaikkan lagi mood raya.
Menampilkan 6 orang peserta terdiri daripada Ahmad Syamim, Muhamad Ali, Noorfilzah Mohd Sidek, Nur Hasila Abdul Wahab, Nurul Alya Batrisyia dan Mohd Khairul Adha adalah barisan peserta yang dipersembahkan pada episod khas raya tahun ini.

Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan persembahan peserta bernama Mohd Khairul Adha Wahab. Suara Adha menggamatkan suasana dengan gelak ketawa penonton yang terhibur dengan persembahannya. Sampai Awal campak bantal kerana tert1pu dengan penampilan Adha sebelum itu. Lawak betul !
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan persembahan Adha ini. Antara komen-komen mereka :
” Hahaha… Ros4k lagu.. Nasib baik terhibur.. “
” Persembahan ini sudah hancur habis.. “

Memang betul-betul penyamar berwajah kacak si Adha ini. Walaupun sumb4ng, persembahannya menghiburkan sampai semua pun ketawa. Bijak Ramlah Ram membuat keputusan Apa pun, selamat maju jaya buat Adha dalam kerjayanya sekarang dan semoga sentiasa gembira dan ceria selalu. Aamin..
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, Youtube Channel TV9 Malaysia Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

