Artis / Selebriti
” Puas aku tunggu Tok Ram gelek. Penyudahnya ‘sudah laa’, haha.. ” – Komen Netizen
Video Mierul Aiman begitu sporting bergelek ketika lensa kamera ditujukan kepadanya semasa lagu Amelina, Asyik berkumandang. Masa kamera tuju pada Tok Ram, semua pakat tunggu Tok Ram bergelek sama. Sekali ini respon Tok Ram, berdekah semua, haha..
Konsert Gegar Vaganza 11 minggu ke 9 telah pun selesai beberapa hari yang lalu. Kemeriahan sepanjang berlangsungnya konsert itu menghiburkan semua, baik penonton mahu pun juri dan peserta yang bertanding pada minggu tersebut. Ramai artis yang hadir dan salah seorang yang menarik perhatian adalah Mirul Aiman.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kamarulzaidi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di auditorium ketika sebelum bermulanya konsert. Lagu dangdut popular dendangan Amelina berjudul Semakin Rindu Semakin Asyik dipasang untuk hiburan semua.
Cameraman menumpukan perhatian ke arah Mirul Aiman dan figura ini sungguh sporting apabila menyedari wajahnya dirakamkan. Pandai Mirul bergelek mengikut rentak lagu Amelina itu. Sambil ketawa Mirul memberikan flying kiss untuk semua.

Selain Mirul, gelagat Tok Ram menyaksikan semua bergelek di tempat penonton mencuit hati semua. Tok Ram sekarang bukan lah Tok Ram yang dulu. Tok Ram semakin sporting dan melayan sahaja kerenah semua. Spontan sahaja apabila Tok Ram seperti menyebut ‘ Sudah lah ‘ sambil memandang ke arah kamera.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@kamarulzaidi_ Tok Ram & Mirul Aiman Gelek! GEGAR VAGANZA 11 – Minggu 9 Jom usha Gegar Vaganza 2024, setiap Ahad, 9 malam, LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka. #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #Vaganzers #JomUsha #AstroMalaysia #AstroGo #sookaMalaysia #sookaGotGV #lizaaziz #fyp #foryou #SembangEntertainment @zulinaziz @mierulaimanx @Epit Yusoff
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mirul tu salah pergi club tu haha.. Tok ram lebih sporting sekarang terhibur tengok tok ram.. “
” Tok Ram ni depan je keras-keras, belakang kamera gila-gila melayan Nabil. Nabil je yang boleh jinakkan tok ram.. “
” Tok ram dengan Nabil memang kamcing.. tengok video masa iklan memang lain karakter tok ram.. “
” Walaupun takde mic, tapi kita dapat dengar “Sudahlahhhh” tokram haha.. lontaran vocal tok ram jelas, sudah lah.. “
” Orang seni tak boleh menipu haha.. puas aku tggu tok ram gelek. penyudahnya kaki dia je gerak-gerak.. suuudaah laa, haha.. “
” The ‘ sudahlah’ is too loud. walaupun takde bunyi yet soooi loud hahaha.. tok ram skrg dah wosakk angkara nabil.. sporting habis.. “
” Tok Ram control je tu, kaki dah goyang-goyang kot haha.. tok ram lebih sporting sekarang.. Aku tunggu betul kot tok ram nk gelek.. “
Meriah sungguh keluarga besar GV tahun ini, semua ceria dan enjoy sahaja menikmati setiap moment manis sepanjang konsert. Ini kalau Tok Ram betul-betul bergelek, tentu bersorak semua di auditorium. Apa-apa pun, Tok Ram memang terbaik dan disayangi ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kamarulzaidi_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


