Artis / Selebriti
” Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui.. ” – Elyana
Elyana kongsi gambar dirinya berkepala botak di Instagram mengundang pelbagai reaksi oleh warganet. Semoga Elyana baik-baik sahaja dan segera sembuh..
Penyanyi dan pelakon, Elyana telah berkongsi sekeping gambar dirinya berpenampilan botak di akaun Instagram miliknya. Gambar tersebut dimuatnaik dengan kapsyen yang penuh ketabahan dan semangat juang, sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada para peminatnya.
Umum mengetahui sebelum ini Elyana merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat. Penampilannya itu bukan sahaja menunjukkan keberaniannya, tetapi juga menjadi simbol kekuatan buat mereka yang turut menghadapi ujian kesihatan yang serupa.
Tidak dapat dipastikan sama ada gambar tersebut merupakan gambar baru atau gambar lama. Ini merupakan kali pertama Elyana berkongsi gambarnya dalam keadaan botak namun senyuman di wajahnya menyembunyi segala kesakitan yang ditanggung.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Elyana sememangnya mempunyai semangat yang cukup kuat dalam melawan sakitnya dan terbuka untuk berkongsi kisah agar menjadi inspirasi buat pesakit lain.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai memuji kecekalan hatinya dan menyatakan rasa kagum terhadap semangat yang ditunjukkannya. Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar Elyana terus kuat dan diberi kesembuhan :
” Get well soon Elyana. kita doakan keajaiban Allah swt.. are so strong & keep fighting semoga dipermudahkan dan di berikan kesembuhan sedia kala, aamiin.. “
” Semoga sembuh sepenuhnya Nana Aamiin2 YRA. Remind me to my late doter bila tgk u mcm ni Elyana. Allah syg diberikan dugaan yg hebat utk hambaNya yg hebat. Hugs.. “
” Semoga dipermudahkan urusan kami hanya mampu mendoakan elyana dr jauh.semoga sihat kembali amin.. “
” The real fighter… moga terus sihat dan kuat sis.. moga Allah berikan kesembuhan buat kamu, aamiin.. “
” Semoga Allah meringankan bebanan kesakitanmu & Allah mempermudahkan segala urusanmu Elyana.. “
” Tetap and terus kuad demi dirimu Dan orang orang yang menyayangimu.. setiap insan lain2 yg di perjuangan tp satu rasa to hard.. “
” Be strong elyana. Biasalah mana ada org nak citer kebaikan kita. Samalah kami pun. Musuh2 skrg tp dlu semua yg kita pernah kongsi rezeki n bg jon.. “
Semoga segala doa dan sokongan yang diberikan menjadi kekuatan buat Elyana dalam menghadapi hari-hari mendatang. Dalam setiap perjuangan, kekuatan bukan sahaja datang daripada diri sendiri, tetapi juga daripada mereka yang tidak pernah jemu mendoakan dan memberi harapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang chat mak saya macam seolah-olah mak saya tak pandai jaga saya, macam saya dah teruk sangat.. ” – Hadie


