Artis / Selebriti
” Penuh surprise lah Mimi dengan Capik ni. Anyway tahniah guys.. ” – Netizen
Perkongsian Terbaru Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Di Instagram Buat Peminat Teruja. Wah Berita Gembira Ni, Tak Sabarnya. Tahniah Sweet Couple !!
Baru sahaja tular sejak beberapa hari kebelakangan ini tentang pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujang mereka. Impian untuk berkahwin dan bergelar suami isteri pada tahun ini nampaknya tinggal selangkah sahaja lagi.
Meninjau akaun Instagram Syafiq Kyle dan Mimi Lana, telah dikongsikan satu perkhabaran baik tentang hubungan mereka ini. Syafiq pada ruangan kapsyennya menulis ayat berbunyi ‘ Counting days. 1 2 3 action ‘.
Turut sama dikongsikan oleh Syafiq adalah gambarnya bersama Mimi dengan cincin tersarung di jari Mimi. Pastinya berita ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat pasangan ini yang telah lama ingin melihat mereka ke jinjang pelamin.

Mimi pula hanya memaparkan gambar jarinya dan Syafiq dengan sebentuk cincin. ‘ One step closer Insyaallah, Alhamdulillah ‘ , itu yang ditulis oleh Mimi. Nampaknya pasangan ini sudah mula menghitung hari untuk disatukan, hanya tinggal tarikhnya sahaja yang belum dimaklumkan.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Syafiq dan Mimi ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Ramai yang gembira dengan berita ini dan tidak kurang juga yang pat4h hati. Antara komen-komen mereka :
” Akh1rnya, congrats abang Capik dan kak Mimi. Happy news, happy for you. one step closer, Semoga dipermudahkan segalanya.. “
” I h4te u syafiq huhu tapi okla demi kebahagian syafiq, ku relakan jua. semoga berbahagia hendaknya. im br0ken.. “
” Sampai hati, ku menang1s. Tak nak like huhu, pat4h seribu hati ku. Apa pun, tahniah capik dan mimi, semoga dipermudahkan. ok sambung menang1s bucu katil.. “
” Congrats capik and mimi, 1step closer. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk ke jinjang pelamin. Sweet couple.. “
” Awww nak kawin dah. Tahniah tahniah tahniah capik dan mimi. Happy for both of you.. finally you guys are getting married.. “
” Yeah nak kawen. Congratulations both Mimi and Capik kesayangan saya.. Kite doa kan semua urusan dipermudahkan.. “
” Alhamdulillah akhirnya, tak lama dah ni agaknya. Ni kang tahu-tahu dah nikah, penuh surprise lah Mimi dengan Capik ni.. anyway tahniah guys.. “

Semoga semua perancangan Mimi dan Syafiq untuk ke alam perkahwinan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Jangan lupa war-warkan tarikh hari bahagia tu ye. Apa-apa pun, tahniah Syafiq dan Mimi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mimilana, IG Syafiq Kyle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

