Connect with us

Artis / Selebriti

” Penakut rupanya Amayan. Siap menyorok belakang Cess tu tak tahannya, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan bersama Qadejah dan ibu saudara mereka, Ain dan Amani membuat aktiviti paranormal buat warganet terhibur. Adoi lah, Amayan, dah macam YB nak melawat kawasan. Kali ni baru nampak Amayan penakut. Lawak tengok Amayan, haha.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ammar Ahyan membuat aktiviti paranormal bersama adiknya, Qadejah dan ibu saudara mereka, Ain dan Amani. Pelbagai moment lucu dapat ditonton menerusi video tersebut.

Ammar seperti biasa, penampilannya tetap kemas dan kelihatan seperti Yang Berhormat hendak melawat kawasan. Dengan memakai baju kemeja, seluar slack dan kasut hitam, Qadejah sendiri hairan mengapa abangnya memakai pakaian sebegini ketika membuat aktiviti luar.

Kata Datin Shahida, Qadejah paling penakut antara semua yang ada. Ammar pun ada masanya berani dan ada masanya Ammar juga penakut seperti orang lain. Ain dan Amani pula steady sahaja sepanjang aktiviti paranormal mereka berjalan. Sweet melihat Ammar menggenggam erat tangan adiknya, Qadejah.

Ketika mereka berempat duduk di dalam sebuah rumah kosong, masing-masing serius dan reaksi muka cuak kerana mendengar bunyi sesuatu. Qadejah awal-awal lagi sudah melangkah pergi dan selepas itu Ammar pula mengikut. Muka cuak Ammar mencuit hati ramai.

Jom tonton video di bawah  :

Perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Nak jumpa hantu pun Amayan pakai smart smart.. Pergi paranormal pakaian macam YB nak pergi majlis makan-makan. Memang lain dari yang lain betul Ammar ni.. “

” Masalah nyer sekarang amaryan tu macam nak masuk ofis pulak.. aku confuse haha.. dah gaya meeting dengan staff.. Penakut rupanya amayan, baru nampak muka takut dia. siap menyorok belakang cess tu tak tahannya, haha.. “

” Amayan macam YB turun padang dah kenapa haha.. Aduh ayat ammayan ‘ kalau apa2 dorang kena dulu’.. best kenangan mereka sampai ke tua.. macam budak budak kampung dulu dulu.. “

” Yang pentingnya semua comel.. Amarayan nampak sgt bertanggjawab kat adik dia, penuh kasih syg… abang2 sgt.. suara Amarayan sedap lah pulak.. “

” Aku rase hantu pun tak boleh takutkan si amayan ni… kalau ada apa apa jadi, diorang yang akan kena.. aku dengan amayan ni, berdekah betul.. “

” Ammar tu masuk hutan utk para normal ke nk g interview Intern tu haha.. Ketawa hantu tu tengok amayan. Apasal amayan ni dtg nak interview aku ke hantu tu kata. Sambil gelak seton.. “

” Malam malam kalau dengar amani gelak camtu pun aku rasa seram.. ammar ahyan the politician. jumpa antu pun kemass.. “

” Takut mayan tu kena culik bunian je buat laki.. haha. Ni para taknormal versi ceo. i tgh tunggu Amayan sebut, assalamualaikum encik hantu, good evening puan momok.. “

Lawak sungguh videi paranormal Ammar bersama gengnya ini. Ammar sudah seperti YB melawat kawasan. Apa-apa pun, terhibur semua melihat kerenah Ammar itu. Semoga aktiviti parataknormal asa sambungan kedua pula selepas ini. Confirm lagi berdekah warganet melihat perangai lucu Ammar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shahida Dherbs  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Handbag Denim

Trending

Copyright © Berita Kopak