Connect with us

Artis / Selebriti

” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen

Video geng 3 Pagi Era menghubungi YB Syed Saddiq sempena ulangtahun kelahirannya. Amboi seronok Nabil, Pak Azad dan Radin mengusik YB. Kata-kata YB Saddiq pun terlebih manis ni. Part 3PE menyanyi lagu Selamat Pengantin Baru, tak sangka itu respon YB. Wah tak sabarnya.. 

Team 3 Pagi Era (3PE) yang yang terdiri daripada Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. 3PE pernah berkolaborasi bersama YB Saddiq di konti Era sebelum ini dan kini mereka bersama Bella pula.

Sempena hari lahir YB Saddiq, team 3PE menghubungi YB Saddiq untuk mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran. Dek kerana mereka biasa bergurau, Nabil, Pak Azad dan Radin mengusik YB Saddiq tentang hadiah yang diberikan oleh Bella iaitu sepasang kasut cycling berwarna putih.

Mereka mengatakan ingin memberikan YB Saddiq sepasang lagi kasut dan jawapan YB Saddiq membuatkan ketiga-tiganya bersorak. Kata Nabil, ayat YB Saddiq sungguh manis dan sekiranya dia menjadi Bella, pasti akan dipinang YB Saddiq kerana mulut manisnya itu.

Team 3PE juga mempelawa YB Saddiq untuk menonton pertarungan bola sepak antara Sabah melawan Johor pada hujung minggu ini. Kata Radin, YB Saddiq melawan Bella kerana mereka mewakili negeri kelahiran masing-masing. Sekali lagi YB Saddiq memberikan pickupline yang membuatkan ramai tersenyum.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 14 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Sabah dan Johor berpisah tiada.. kami doakan YB.. Aamin.. Yg part InshaAllah doakan tuu mcm dah ada bau2 nasi minyak nie.. “

” Sweetnya YB syedsaddiq , tak nak kasut lain dah lepas dapat kasut dari bellaastillah. Semoga dipermudahkan semuanya tahun depan YB.. JohorSabahBerpisahTiada amboiii.. “

” Belum tngok muka.. dengar suara aje pon dah tersenyum tersengih dengar Yang Birthday punya ayat manis2 ehh .. happy birthday YB.. Kata2 pagi ini “Johor dan Sabah berpisah tiada”.. “

” So sweet la yb dgn bella.. masing2 care sgt each other.. semoga urusan mereka dipermudahkan.. aamin.. sabah dan johor berpisah tiada ibarat YBSS dgn BA la ye.. “

” Saya plak yang senyum sorang2 tengok video ni, ulang2 tengok lak tu.. Lagu pengantin dah keluar guys stanby semua askar-askar BASS.. “

” Patut gula tertumpah merata2 pagi ni… bersemut seluruh malaysia. alaaaaaahaiii YB Saddiq.. So sweet yb syed Saddiq.. kami yg dgr pn tersenyum lebar dh ni.. smoga Allah permudahkan segala urusan yb dan Bella…. Aamin.. “

” Hilang monday blues dengar kata2 sweet YB. sabah johor berpisah tiada kata yb. Versi bella kalau jemput jangan lupa datang, ok lock, tak lama dah ni.. “

” Sebenarnya diorang nyanyi lagu Selamat pengantin baru sebab diorang pun dah tahu.. diorang rancang dah.. yb siap suruh doakan lagi tu.. moga dpermudhkan ursan amin.. “

Bau nasi minyak semakin dekat bak komen warganet. YB Saddiq sendiri meminta semua mendoakan dirinya dan Bella selepas 3PE menyanyi lagu Selamat Pengantin Baru. Ramai yang tidak sabar menunggu berita manis daripada YB Saddiq dan Bella. Moga Allah permudahkan segala urusan YB Saddiq dan cinta hatinya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, IG Bella Astillah 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak