Artis / Selebriti
” Part tangan mengepak-ngepak tu dah macam berenang kuak lentang dalam laut ya.. ” – Komen Netizen
Video anak Azah Aziz, Justin Leroy cuba menari tarian tradisional rehearsal konsert raya DS Siti Nurhaliza buat ramai terhibur. Alamak Justin, lain macam betul dia punya tarian. Dah macam nak berenang pun ada, hehe..
Suasana di sesi latihan penyanyi tersohor Dato’ Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian apabila muncul satu wajah yang tidak disangka. Anak kepada pelakon, Azah Aziz iaitu Justin Leroy turut sama mencuba langkah tarian tradisional Melayu dalam suasana rehearsal tersebut.
Walaupun pada awalnya hanya datang sebagai pemerhati, Justin akhirnya “terjebak” sekali untuk cuba menari apabila melihat suasana rehearsal yang rancak. Gaya santainya belajar langkah tarian tradisional itu mencuri perhatian, lebih-lebih lagi apabila dia cuba mengikut rentak dengan penuh semangat walaupun masih baru.
Menurut Azah, dia pernah menjadi penari latar kepada penyanyi Fauziah Latiff suatu ketika dahulu. Kini seolah-olah bakatnya diwarisi oleh Justin pula mencuba dunia tarian dalam suasana yang sama. Namun begitu Azah tidak mahu anaknya menjadi penari kerana lenggoknya yang keras.

Dato’ Seri Siti menyampaikan lagu Jodoh Lebaran yang dipopularkan oleh Aishah Retno. Ia menambahkan lagi mood perayaan bulan Syawal yang masih berbaki. Apa pun Justin seorang yang cukup berani mencuba sesuatu yang baru buat dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang terhibur melihat aksi spontan itu, malah ada yang berseloroh sama ada Justin sedang “training awal” untuk menjadi backup dancer Tok Ti suatu hari nanti :
” Anak mak lah nih hahaha, Ok la tu 1st time.. lama2 dia tapau la kak. He really wants to be a melayu boy. A+ for effort!.. “
” I met him yesterday hee. Lps ni justin blajar tarian tradisional plak jangan nnt dia ambil kelas dance . Terduduk memasing nnt .. “
” Justin ni pewaris darah seni mak dia…. azahaziz13 ,Justin ada talent..asah bakat dia kak… Good luck Part tangan mengepak-ngepak tu dah macam berenang kuak lentang dalam laut ya.. “
” Keras sikit je ni kak..rebus 2 3 jam ok ni . Tapi nampak okay juga tak terlalu keras la mama. Lama2 pandai berzapin.. “
” Justin!! Ko buat apa atas tuu hahahaha. Pasni anta kelas menari tradisional pulak lahh… boleh join Mia kt aswara Part ‘Meow!’ on point hihihi.. “
” Next Talk To My Manager yaaaaa Happy dia duduk malaysia ye…dia rindu tak canada Good job buat lagi justin.. Memang betul2 anak mak la Justin niii.. “
” Ke laut sis yg penting atas stage tu.mantap.. Melayang sangat kak. Kena tarik cepat takut terbang lebih tinggi nanti Bagi la dia belajar. Nampak berminat sgt tu. . “
Mungkin ini hanya latihan biasa, tetapi momen seperti inilah yang sering menjadi kenangan manis di belakang tabir dunia seni. Siapa tahu, suatu hari nanti Justin benar-benar mampu menguasai langkah tarian tradisional Melayu dengan lebih yakin—jika terus berlatih dan tidak putus semangat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nrlerwani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

