Artis / Selebriti
” Part ni memang kelakar, Bunda dengan persatuan tudung awning nampak comel.. ” – Komen Netizen

Video Nabil Ahmad menyakat Bunda Hetty Koes Endang dengan adik-adik penari cilik buat penonton berdekah gelak. Alamak, dah macam Persatuan Tudung Awning Bunda Hetty lah. Habis satu pentas Bunda kejar Nabil, haha.
Meninjau ke akaun Tiktok Sooka Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan Nabil mengusik Bunda Hetty telah membuatkan ramai terhibur. Ketika itu baru sahaja selesainya persembahan peserta Gegar Vaganza iaitu Fairuz Selamat.
Fairuz menyanyikan lagu Allahyarham Dato’ SM Salim berjudul Satu dengan membawa beberapa penari cilik. Apa yang menarik ialah penari kanak-kanak perempuannya memakai tudung seperti Bunda Hetty Koes Endang yang mempunyai awning di hadapan.
Nabil kemudiannya menggelarkan penari tersebut merupakan ahli-ahli Persatuan Tudung Awning Bunda Hetty. Mendengarkan usikan Nabil ini, Bunda Hetty segera naik ke pentas dan bertanya siapakah yang menyuruh mereka memakai tudung sedemikian.
Ternyata ia merupakan idea Nabil. Hal ini membuatkan Bunda Hetty mengejar Nabil di atas pentas. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik semalam. Memang kelakar, berdekah penonton-penonton gelak.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setlap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka. #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroMalaysia #AstroGo #fyp #GegarVaganza #GV #GegarVaganza11
Di ruangan komen, ramai yang terhibur apabila menonton bahagian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Siapa yg suruh abng Nabil.. nabil ni memang aset gv…takde dia…suram gv.. Mlm ni..paling best smua org ketawa.. bunda dh lama pakai awning, dia tnya lagi.. “
” Nabil ni memang happening & melucukan byak idea..utk memeriahkan lgi GV setiap tahun.. brulang tgok..msa tgok pn trgelak gelak kita.. “
” Yg budak laki berbahu tangan tu, cool habes.. Nabil persatuan tudung oning lawak Bonda Hetty oning tu apa comel Hetty n cucu ii.. “
” Encik Nabil ke…slh tu..pkcik nabil.. gv mlm td dh mcm tgk rajalawak.. part ambik gambar tu win betoiii.. kemas tersusun plk tu posisi masing2 mse nk amek gmbr hahahaa .. “
” Part ni memang best dan kelakar.. part membahan mmg bagi jew kt host2 nie… hahahaha. “berpuluh tahun pakai gini dia tanya lagi awning apa haha.. “
” Mmg kelakar mlm td hahah ..adik tu kantoikan hahahaha sapa punya idea.. minggu lepas tokram kene…minggu ni bonda hetty pulakk.. “
” Bunda dgn persatuan tudung awning nmpk comel.. pecah lubang. Nabil dah macam Pak Maon kena hambat dengan Bentara Guru.. “
Kalau tidak membahan memang tidak sah buat Nabil sepanjang menjadi pengacara di Gegar Vaganza. Namun begitu sikap Bunda Hetty tetap sporting walaupun Nabil suka mengusik. Memang pecah perut ketawa apabila menonton part ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Maknya tadi dah panas ayah, Tiara pulak tambah ‘lauk’. Makin panas ayah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Best suara Nabila cover lagu ni. Masuk betul, suka-suka. Padu lah Nabila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen