Connect with us

Artis / Selebriti

” Part ni kesian lah Radin. Aduiii terbahak gelak, haha.. “- Komen Netizen

Video Fattah Amin dan Radin Era cuba menelefon Amira Othman ketika sedang live buat ramai terhibur. Yakin sungguh Radin Amira akan jawab panggilannya, sekali kena sidai. Bila Fattah call, laju je Amira angkat. Part Fattah tergagap-gagap tu kelakar betul. Kantoi, haha..

Semalam telah berlangsungnya live Fattah Amin bersama Radin Era untuk produk Nex. Kolaborasi Fattah dan Radin menghiburkan kerana Radin memang pandai menyelitkan pelbagai cerita sepanjang live tersebut. Antara yang menarik dalam live semalam ketika Radin cuba menelefon Amira Othman.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syakilla Dream, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Radin berjanji akan menelefon Amira sekiranya jumlah views mencapai 5000. Radin dengan penuh yakin memberitahu Amira pasti akan mengangkat panggilannya kerana mereka bersahabat baik.

Radin turut menunjukkan nama Amira yang disimpan dalam handphonenya itu. Fattah ketawa sahaja melihat celoteh Radin yang mencuit hati. Panggilan pertama tidak dijawab, percubaan kali kedua juga masih tidak disambut oleh Amira. Selepas itu, Fattah pula cuba menelefon Amira.

Seperti dijangka, Amira menjawab panggilan Fattah dan itu membuatkan ramai ketawa. Berbeza ye layanan untuk rakan baik dan rakan sekerja. Fattah pula kelihatan malu-malu ketika bercakap dengan Amira. Part Radin meminta Amira untuk memanggilnya semula tetapi Amira tidak mahu mencuit hati ramai.

Jom tonton video di bawah :

@mimpi_syakilla

Best Friend Vs Boy Friend ehh Rakan Sekerja Call #FattahAmin #AirMineral #amiraothman #NEX #Radin

♬ original sound – Syakilla Dream – Syakilla Dream

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Bagus Mira jawab call hanya untuk rakan sekerja haha.. abg long tak bagi tu org lelaki call kak long mlm2, sbb tu kak long suruh tanya abg long knape tak jwb call radin hehe.. “

” Part ni kesian lah Radin.. aduiii terbahak gelak haha.. view/likes naik part Fattah call uuuhh bukan biasa2 neyyy.. “

” Kelakar lah Fattah gagap2 jawab bila Amirah angkat.. dia tak boleh sorok lah kalau ngan Amira nie.. ayat “memintaaa la dia ni” da rakan sekerja kan. tagline pun sama.. “

” Haha nanti tanya Fattah kenapa saya tak angkat haha.. kak long ada line khas untuk Abang Long.. kesian radin, letih aku ketawa.. “

” Kelakar Radin haha.. terhibur tengok Radin, mengekek aku gelak part ni. sejak bercinta dah lain.. fattah tak menafikan hehe.. “

” Weh Raden nmpk Fattah save nama Amira ape kt phone pstu dia x leh cover tros gelak sbb fattah kelentong.. Fattah gagap kenapa haha.. “

” Alaa dgn balong, kalong buat special ringtone, tu laju je angkat bila balong call haha.. confident Mira angkat, last last tak angkat. Kelakar tau radin. Kesian radin, tp 2 lah fattah ni teman sekerja spesiel tau.. mana sama hehe.. “

Berdekah team Fattah yang berada di situ melihat Radin kena ‘sidai’ dengan Amira. Bertambah ketawa masing-masing melihat Fattah yang tergagap-gagap bercakap dengan Amira. Sesi live yang menghiburkan dan Radin sangat ‘function’ mengorek rahsia Fattah dan Amira. Good job Radin, terbaik lah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Mimpi_syakilla   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Glad2Glow Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak