Artis / Selebriti
” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
Video respon mama YB Saddiq, Sharifah Mahani apabila ditanya keistimewaan Bella Astillah di matanya buat ramai tersentuh. Terharunya dengar kata-kata Mama YB..
Tarikh keramat 28.03.2026 yang disebut-sebut sebagai hari bahagia pasangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq akhirnya menjadi kenyataan. Pasangan sensasi ini kini sah menjadi tunang dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka dalam beberapa bulan akan datang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak Era bersama mama YB Saddiq iaitu Puan Sharifah Mahani. Mama YB Saddiq menzahirkan rasa gembira dan syukurnya kerana majlis ini berjalan dengan lancar.
Ketika diajukan soalan mengenai apa istimewanya Bella di matanya, jawapan Mama YB Saddiq membuatkan ramai yang tersentuh. Tutur kata mama yang penuh dengan adab sopan dan lemah lembut meyakinkan semua bahawa mama YB Saddiq adalah mertua terbaik untuk Bella.

Ramai yang memuji cara mama YB Saddiq menjawab soalan tersebut. Kata orang, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Sebagaimana keperibadian YB Saddiq yang tinggi budi pekertinya itu adalah hasil asuhan mama dan abuyanya. Beruntung Bella kerana bakal mendapat ibu mertua sebaik ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 63 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Baiknya mak mertua, bertuah sangat Bella. Alhamdulillah.. beru betul mak mertua macam ni. sentiasa mendoakan yang baik-baik.. “
” Bella sblm ni sengsara, rupanya Allah nk beri ganjaran yg sgt luar biasa.. dpt bakal suami yg baikkk dn bertanggungjawab dan bakal mentua yg sgt baik juga.. “
” Bella bkn dpt bakal suami yg baik..malah mak mentua yg baik serta keluarga mentua menyenangi beliau…tahniah bella krn mewakili & membuktikan yg ibu tunggal bkn kaleng².. “
” Part “Mudah-mudahan anakku Bella yg disayangi” kita dh rasa sebak sangat.. mama sebut nama Bella dulu instead of anak sendiri.. macam bella tu anak dia.. “
” Buat aunty & uncle i wanna say thank you so much for raising such a wonderful green flag guy syedsaddiq dan sudi terima Bella seadanya. Bkn shj terima Bella tp juga ank2nya.. “
” Alahai sebak lak dengar mak mertua sebut anakku yg disayangi bella astilah.. Mak mentua sgt green flag. bertuah bella.. “
” Ya Allah after what bella have went through. She deserve a good family in laws too. Dari percakapan bakal mak mertua pon she is loved by her alhamdullilah.. yg penting whole of Saddiq family welcome bella kids like their own.. “
Betapa mama YB Saddiq menghargai kehadiran Bella dalam hidup anak terunanya itu. Kebahagiaan YB Saddiq dan Bella adalah kebahagiaan untuk mama dan seluruh keluarga juga. Semoga segala perancangan Bella dan YB Saddiq untuk ke fasa alam rumahtangga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen

