Connect with us

Artis / Selebriti

” Part k1ss tangan tu sumpah cute. Tertib dan humble je dia, masya Allah.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri menghadiri majlis graduation Ammar Ahyan sempena tamat sekolah menengah curi perhatian warganet. Tinggi betul adab Ammar ni. Ayat kapsyen Dato’ Aliff yang last mengenai Ammar buat ramai sebak..

Pejam celik, pejam celik, anak sulung Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida, Ammar Ahyan telah pun berusia 17 tahun pada tahun ini. Ammar bersekolah di Seven Skies International School dan ianya berbeza dengan sekolah menengah biasa. Rasminya Ammar telah pun tamat pengajiannya di sekolah menengah dan menunggu untuk kemasukan ke Universiti.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff dan Datin Shahida menghadiri Graduation Ceremony yang berlangsung di sekolah Ammar. Ianya khas untuk pelajar bagi sesi tahun 2025 dan Ammar salah seorang daripadanya.

Ammar tetap dengan sikap rendah dirinya dan menunjukkan budi pekerti yang baik di mana sahaja dia berada. Belum pernah graduan bersalaman dan mengucup tangan penyampai sijil tetapi itu lah yang Ammar lakukan. Kelakuan Ammar ini mendapat pujian daripada warganet yang menonton video ini.

Warganet juga tertarik dengan kapsyen Dato’ Aliff yang menyatakan harapannya untuk Ammar. Anak sulung yang diharapkan untuk mengalas tanggungjawab besar terhadap adik-adik. Ada yang tersentuh membaca kapsyen Dato’ Aliff, walaupun garang beliau tetap bapa yang penyayang kepada Ammar.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Amar anak yg baik yg lurus jujur dalam apa jua yg amar buat semuga terus sukses amar jadi snak bsik anak soleh kesangan mama dan abah jadilah pelindung adik adik mu.. “

” Ayat hujung tu buat saya sedihlh Dato’…”jadilah pelindung adik2 bila mama Dan abah dh takde nnti”.. saya pulak touching. tapi yakin Ammar anak sulung yang baik dan bertanggungjawab.. “

” Bagus ammar tak kira siapa saja sifat hormat itu tinggi dalam diri. InsyaAllah ammar akan menjadi pelindung juga abg yg terbaik untuk adik2 nya. Semoga ammar terus berjaya dalam apa jua perkara yang ingin kecapi. Amin.. “

” Comel nya awak Amayan.. Siap kiss tangan lagi. Fly high anak abah.. Saya suka melihat telatah Ammar walaupun dlm gaya bersahaja tapi dia agak matang dari usianya.. “

” Tahniah ibu dan ayahnyer.. tahniah Amayan… alhamdulillah… touching tgk video ni.. First time tengok orang graduate salam cium tangan. MasyaAllah budi pekerti amayan ni salute betul.. “

” Part kiss tangan tu sumpah cute.. Tertib dan humble je dia, masya Allah hasil didikan dato’ dan datin.. Sukanya tgk amar ni.. baik sopan jer… tahniah ammar.. “

” Mula mula macam touching baca kapsyen dato ni, tapi typo tu memang buat terbahak lah, abah pula dilahirkan haha.. apa pun, ammar budak baik dan sangat menghormati orang lain. mana pernah ada orang salam tangan masa konvo anak oiii.. terlajak baik ni Amayan.. “

Asuhan dan didikan Dato’ Aliff dan Datin Shahida menjadikan Ammar seperti hari ini. Anak orang kaya dan berada tetapi adabnya masih terpaling atas dalam hidup. Tahniah Ammar dan semoga masa depan Ammar akan lebih cerah dan berjaya dalam apa jua bidang yang Ammar di peringkat universiti nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

SimplySiti Dermagic
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak