Artis / Selebriti
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen

Video anak Fattah Amin, Nur Fatima Aisya kelihatan begitu mesra dengan Amira Othman ketika di majlis rumah terbuka Fattah raih perhatian ramai. Wah sempat Fatima lambai dan high five Amira masa bergambar dengan keluarga..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz dan Rissa Skin, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Fattah Amin, Amira Othman dan anak Fattah, Nur Fatima Aisya di majlis rumah terbuka raya anjuran Fattah semalam.
Kehadiran Fatima sememangnya membuatkan semua orang teruja. Fatima yang sudah biasa berjumpa dengan ramai orang sangat behave dan mesra. Video ini merupakan perkongsian kali pertama pertemuan antara Amira dan Fatima di media sosial. Ramai yang ingin melihat reaksi Fatima ketika bertemu Amira.
Fatima anak yang manja dan setiap kali bertemu daddynya, pasti Fatima ingin didukung. Begitu juga semalam, Fatima asyik berkepit sahaja bersama Fattah. Amira cukup memahami kerenah anak manja Fattah itu dan tersenyum melihat keakraban anak dan ayah itu.
Ketika mereka semua sekeluarga berada di atas pentas, Fatima sempat bermesra dengan Amira dengan melambaikan tangannya kepada Amira. Amira membalas lambaian Fatima dan mereka berdua bertepuk tangan dan membuat high five. Ada yang mengatakan Fatima seperti sudah pernah bertemu dengan Amira sebelum ini disebabkan Fatima kelihatan begitu mesra dengan Amira.
Jom tonton video di bawah :
@imani_imtiyaz
@rissaskin_hq Replying to @PinkPurple_4567 Nasib la maam dapat tiket paling depan 😍 #rissaskin #intensivenightcreamrissaskin #rissaskinxfattahamin #rissaskinxamiraothman #fattmira
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet dan berbagai reaksi diberikan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pandai mira tu, dia x try hard nk rapat ngn fatima. dia biar fatima selesakan diri dia ngn mira sbb tu dia pandang fatima dulu n agak apa Fatima nk buat.. “
” Takde la nampak fake ke apa nak kejar status ibu tiri tu. Nampak smooth je and it comes naturally. So matured la mira ni. Adore her.. “
” Aku is nampak perkara yg sama dan rasanya dia pun nak jaga hari mommy fatimah jugak… bagus lah mira ni… love sangat.. fatima pun sangat behave.. asuhan dan didikan fazz dan fattah memang bagus.. “
” Dia mcm sebak tgk amira rapat dengan anak dan mak fattah.. mak fattah selalu pegang tangan mira sambil kenalkan kat saudara mara fattah.. “
” Bagusnya nyamma yg lambai dulu.. goodgirl.. amboii nyama , bye² mama ke tuuuu ?? hehe cer mama dukung nyama kami nk tgk.. “
” Tengok fatima lmbai-lambai mira mkna nya fatima dididik baik ibu & ayahnya. Mira pandai bw diri . Amira sangat jaga batas dgn anak dia yee menghormati perasaan budak tu.. “
” Yeahhh akhirnye yamma jmpe aunty Amira.. happynya tgk family diorg kan..supportive each other.. comel dan cute.. fattima pun comel.. manja gitu.. semoga allah lindungi diorg semua sebaiknya.. amin.. “
” Aku perasan mira ni, dia tak nampak try hard sgt nak ambik hati fatima, tak try hard nak acah mcm “pengganti” mak dia. relaks² je. takde la beria sgt nak konon mcm ambik hati anak sbb suka bapaknye haa gitu lah.. “
Gembira peminat FattMira melihat kemesraan Fatima dan Amira. Sikap Amira yang kekal tenang dan bijak membawa diri baik bersama keluarga Fattah mahu pun bersama Fatima wajar diberikan pujian. Semoga segala yang baik-baik untuk Amira, Fattah dan Fatima.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissa Skin, Tiktok Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Isteri saya bukan makcik, ini Datin Seri. Semua ni aku nak, ko ingat aku takde duit ke.. ” – Dato’ Aliff Syukri