Artis / Selebriti
” Pakai tudung bulat macam tu pun cun, pretty Fazura.. ” – Netizen

Kongsi Ucapan Salam Maal Hijrah, Penampilan Fazura Raih Pujian Ramai Peminat. Wah Makin Cantik Mommy Fatima Ni, Bertambah Manis !!
Nama pelakon, penyanyi dan juga kini dikenali sebagai usahawan, Fazura bukanlah asing buat peminat seni tanahair. Isteri kepada Fattah Amin dan bergelar ibu kepada Nur Fatima Aisya, Fazura antara selebriti yang memiliki jutaan peminat di laman sosialnya.
Hari ini, tanggal 10 Ogos bersamaan 1 Muharram 1443H bermulalah perkiraan tahun baru dalam kalendar Islam. Sebagaimana selebriti lain, Fazura turut mengucapkan salam Maal Hijrahnya untuk semua peminatnya.
Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan sekeping gambar Fazura yang memakai jubah dan tudung serba putih bersama ucapannya itu. Fazura turut mendoakan agar semua peminat termasuk dirinya dapat memperbaiki diri, mendapat pengampunan Allah dan memaafkan kesal4han yang lalu.
Fazura turut berharap agar di permulaan tahun baru ini dipenuhi dengan kasih sayang dan kesyukuran. Gambar yang dipilih oleh Fattah ini mendapat banyak pujian apatah lagi Fazura kelihatan semakin cantik semenjak berhijab.
Jom baca perkongsian di bawah :
Baru sejam sejak dimuatnaik, posting Fazura ini telahpun mendapat lebih 58 ribu tanda likes daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen mereka :
” Salam Maal Hijrah Sis Fazura. Cantiknya nampak iras Fatima sangat foto ni. Cantik dan manis sentiasa wajah Fazura, tak jemu mata memandang.. “
” Fazura macam gula, manis.. ” – Rozita Che Wan
” Cantiknya mommy Fatima ni, salam Maal Hijrah juga Fazz. Berseri-seri dan ada auranya bila Fazz dalam busana serba putih macam ni, menyerlah sangat.. “
” So beautiful Fazz, cantik sangat-sangat. Fazura ni dari zaman sekolah lagi cantiknya. Tak perlu makeup tebal, cantik semulajadi tu sedap mata memandang.. “
” Lawa g1la kak Fazura ni, salam Maal Hijrah juga. Moga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan keimanan dan sentiasa mendapat rahmat dariNya.. “
” Cantiknya bidadari Fattah Amin ni, paling cantik beautiful in white. Semoga kita sama-sama istiqomah menjadi lebih baik dalam segala hal yang baik-baik, Insha Allah.. “
” Idola, prettynya Fazura ni. Cantik dan manis, semakin berseri-seri tengok Fazura sekarang. Pakai tudung bulat camtu pun cun. Cantiknya ciptaan Allah, alhamdulillah.. “
” Makin jelita Fazura bila bertudung, g0rgeous sangat. Pandai Fattah pilih gambar ni, mesti abam tah pun pen1ng nak pilih gambar, semua pun cantik.. “
Gelaran ‘Wanita Melayu Paling Cantik’ pernah tul4r ditujukan oleh peminatnya untuk Fazura beberapa waktu lalu. Apa pun, semoga kedatangan tahun baru Maal Hijrah ini memberikan Fazura lebih kebahagiaan dan rezeki yang melimp4h ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Missfazura, Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen