Connect with us

Artis / Selebriti

” Padu rupanya suara Abang Jamil kita. Tapi lirik tu macam kena ek, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Que Haidar menyanyikan lagu Lamunan Terhenti raih pujian daripada warganet. Wah, tak sangka sedap betul suara Abang Jamil menyanyi lagu ni. Part tarik tu memang padu sangat..

Meninjau di akaun TikTok milik qhaidersfc1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon terkenal, Que Haidar sedang menyanyikan sebuah lagu dalam suasana santai. Difahamkan, Que berada di sebuah pusat karaoke bersama para peminatnya yang hadir untuk meraikan dan meluangkan masa bersama Que.

Menerusi video tersebut, Que memilih untuk menyampaikan lagu berjudul Lamunan Terhenti, nyanyian asal oleh Aris Ariwatan. Lagu balada yang cukup menyentuh perasaan itu dinyanyikan dengan penuh penghayatan sehingga membuatkan suasana bertukar menjadi lebih syahdu.

Setiap bait-bait lirik dilontarkan dengan emosi yang mendalam, seolah-olah ada cerita yang tersirat di sebalik nyanyiannya itu. Apa yang menarik perhatian, suara Que kedengaran cukup lunak walaupun bukan berada di pentas konsert yang besar. Ramai yang memuji keupayaannya mengawal nada serta menyampaikan lagu dengan begitu baik.

Tidak kurang juga yang mengatakan terkejut kerana tidak menyangka pelakon versatil itu sebenarnya memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Dalam masa yang sama, ada yang menyakat Que dengan mengatakan Que kelihatan seperti sedang dilamun cinta ketika menyampaikan lagu tersebut.

Tonton video di bawah ini :

@qhaidersfc1

Nahh lagi korangg.. Ok dah habis dlm simpanan🤭 Buat Tatapan Semuaa.. @Que Haidar Dah Boleh Buat Album Nii Kann.. #quehaidar #qhaidersfc #fyp #fypage

♬ original sound – Q HAIDERS FC – Q HAIDERS FC

Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet setelah mendengar nyanyian Que tersebut. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Padu rupanya suara Abang Jamil kita. Tapi lirik tu macam kena ek, hehe.. Berbalas renungan tu dah betul.. tenung tenung lepas tu sama2 blushing sorok muka.. “

” Nada penuh perasaan, lirik penuh makna… Lamunan siapa yang sebenarnya terhenti tu Abang Q..  Ke arah siapa lagu ini ditujukan.. “

” Waa hebat, untung Faz dapat Que boleh berlawak, boleh nyanyi, boleh berlakon, dan yang bestnya boleh menghibur hati.. “

” Que Haidar comeback, confirm pasni byk drama and filem dia berlakon.. Dia serba boleh.. Lawak serius romantio semua dia boleh bawak.. Minat que dr dlu lg.. “

” Ooooo…. Ni lepas live dalam kereta dgn buah hati tu kan… Kemain ek nyanyi penuh dengan perasaan tu, haha.. “

” Kau tunduk sembunyikan wajah, namun dpt aku meneka hatimu sehati denganku…” haihhh kena sgt lirik ni antara Faz dgn Que bila diorg buat live.. “

” Sedap suara dy mase tarik tu.. Boleh tahan penghayatan tu, hehee nampak ooo macam tengah dilamun cinta.. “

Perkongsian video ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan sisi lain Que Haidar yang jarang dilihat umum. Selain berbakat besar dalam dunia lakonan, jelas sekali Que juga mampu memikat hati peminat dengan suara dan penghayatan yang dimilikinya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok qhaidersfc1

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak