Connect with us

Artis / Selebriti

” Padan muka haters, pandai-pandai cakap YB muak. Ambik kamu, dengar jawapan YB.. ” – Komen Netizen

Video penjelasan YB Syed Saddiq isu tohmahan netizen mengenai pickup line Bella raih perhatian warganet. Haa tuan badan dah jawab. Jangan pandai-pandai buat tanggapan, nanti kena hujah dengan YB.. 

Baru-baru ini, ada satu komen seorang netizen yang berbaur kecaman terhadap Bella Astillah ang mengatakn Bella selalu membuat pickup line berlebihan ketika bersiaran langsung bersama YB Syed Saddiq. Tambahnya lagi, YB Saddiq kelihatan seperti muak dan malas hendak melayan pickup line Bella itu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq diajukan soalan oleh pihak media mengenai isu ini. YB Saddiq seperti biasa, jawapannya cukup teratur dan tenang serta diiringi senyuman ketika menyebut nama Bella.

YB Saddiq menjelaskan dari beberapa perspektif iaitu daripada dirinya sendiri dan kaca mata netizen. YB Saddiq turut menerangkan dia banyak bekerjasama bersama Bella dan mengetahui lawak apa yang akan Bella selitkan dalam live mereka. Yang pasti semuanya adalah secara spontan dan tiada skrip yang khas.

YB Saddiq juga memuji Bella sebagai seorang wanita yang bijak dan pandai serta tahu apa yang perlu dilakukan. Adakalanya mereka menjawab soalan viewers secara spontan dan pickup line juga salah satu permintaan daripada client yang melantik mereka sebagai duta.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” ” You serang Bella , you serang saya” — YBSS 2025.. YB memang betul2 defensive guy kan.. benda ni senang je…. xde apa²,view yang enjoy,enjoy la sambil mkn popcorn.. yang xsuka tu xyah la tgk dan move on,g cari tt yang suka…. senangkan.. “

” Padan muka haters pandai-pandai cakap yb muak… ambik kamu dengar jawapan yb haha… good job yb.. nasib baik yb jelaskan.. “

” Berseri muka YB menerangkan mengenai isu ni… so celah mana yg muaknye.. YB pun happy je.. kami lagi tumpang happy.. “

” Syed Saddiq memang gitu. dia jujur dalam perhubungan itu yang terbaik. Satu anugerah buat Bella yang Allah hantarkan. Jagakan Bella untuk kami ye yang sentiasa mengikuti perhubungan kalian berdua.. “

” Tq YBSS protect your love.. harap yang mengutuk tu hadam ye… riak YB yg tersenyum manis bila mention Bella dh jelas apa2 berkaitan Bella membhgiakan YB xde istilah MUAK & JEMU.. yg xsuka please skip.. “

” Aku sentiasa doakan hubungan yb syed saddiq dan bella astillah jadi suami isteri kekal bersama mengharungi suka dan duka , sentiasa setia dan memahami antara satu smaa lain hingga ke jannah aamiin.. “

” Dengar baik baik haters penjelasan YB. YB jawab pon smbil tersengih2 bila mention nama bella.. udah2 la tu haters saje je buat cite bukan2… terima jela hakikat yb mmg bahagia dgn bella.. “

Penjelasan yang cukup padat dan jelas daripada YB Saddiq untuk haters yang mengecam Bella dengan tuduhan sebegitu. Yang penting YB Saddiq faham dan sudah masak dengan jenaka Bella dan mereka gembira bekerja bersama. Semoga tidak akan ada lagi yang membangkitkan isu remeh seperti ini dan mengeruhkan keadaan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak