Artis / Selebriti
” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
Video iklan Moreh Kueh Cafe lakonan Erra Fazira dan Ezwan Zain buat peminat teruja. Alahai manis sangat iklannya, penuh bersemut skrin tengok Erra dan Mr E ni. So sweet..
Selain sebagai isteri kepada pemilik Cafe Kueh, Ezwan Zain, Erra Fazira juga turut membantu dalam mempromosikan perniagaan suaminya itu. Sebelum ini Erra pernah membuat live bersama Ezwan dan anak-anak mereka, Engku Aleesya dan Dania Sofea untuk kempen promosi buffet Ramadhan Kueh.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kuehcafe, telah dikongsikan satu video iklan Kueh Cafe yang dilakonkan sendiri oleh Erra dan Ezwan. Jalan ceritanya simple sahaja namun penuh moment sweet antara Erra dan Ezwan yang pasti akan membuatkan warganet tersenyum sendiri.
Erra sememangnya pakar dalam lakonan, manakala Ezwan pula pakar dalam membuat kopi. Lakonan Ezwan juga tidak kaku dan ramai yang memuji Ezwan ada bakat dalam lakonan. Bergandingan pula dengan isteri tercinta, semakin manis dipandang mata.

Warganet mengatakan Ezwan beruntung kerana ada model dan pelakon mereka sendiri. Bukan semua orang dapat menggunakan khidmat Erra dalam iklan seperti ini. Comel sahaja melihat Erra menyuap Ezwan minum. Komen warganet, orang matang bercinta memang begitu lah gayanya, terlebih manis.
Jom tonton video di bawah :
@kuehcafe POV: Lepas tarawih tapi belum nak balik rumah. Isteri pula minta buat kopi. #kuehcafe #moreh
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 34 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ambik la bumi ni, aku pindah planet lain je lah.. iklan terbaik.. tak perlu bayar orang lain.. dua2 jdi actor kopi.. “
” Sapa ulang tgk bnyk kali angkat tgn.. kita lak senyum-senyum haha.. Suka tengok iklan ni. Berulang kali tengok. Actor n actress terbaik.. “
” Org kata bercinta usia usia mcm ni lagi sweet. Ehh betul ek. Simple je tapi aku senyum smpai tak nampak anak duk sepahkan rumah dpn ni hahhaahah.. “
” Aku pulak trsenyum-senyum sorang-sorang.. so sweet, suka couple ni. semoga bahagia selalu. Erra memang isteri yang menjadi tulang belakang suami lah.. “
” Arggghhhhh tersengih sengihh kita sorg2 tauuuu ….. aiyoooooo Erra bukan sahaja isteri tapi duta yang membantu suami… suka tgok iklan moreh ni… heee sweet.. “
” Tengok Erra fazira dengan mr e pun dah rasa manis.. bagusnya erra…sblm dia minum,dia bagi suaminya minum dulu.. best iklan kueh cafe ni.. ulang byk kali tgk.. mr E pun ada bakat berlakon.. “
” Dia buat, dia yang minum dulu. kenapa sweet sgt nie .. air tu manis dah tapi tambah lagi kemanisan couple nie .. Selamat berbahagia Tuan dan Puan. Kami tumpang bahagia ye.. “
Iklan yang paling manis dan tidak jemu diulang-ulang kerana lakonan Erra dan Ezwan yang santai dan bersahaja. Idea siapa lah yang bijak sangat menghasilkan iklan sebegini. Kueh sudah ada dutanya si Primadona, berganding terus dengan owner Kueh, memang meletop lah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kueh Cafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seandainya kalau kata saya ada buat salah, saya minta maaf.. ” – Jep Sepahtu

