Artis / Selebriti
” Opocot Nabil terperanjat berok, Namie jantung berterabur kat lantai ke tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Reaksi Nabil Ahmad Dan Namie Apabila Kena Prank Oleh Sharifah Sakinah Di Rancangan MeleTOP Buat Ramai Terhibur. Muka Terkejut Tu Memang Tak Boleh Cover. Lawak Betul Sampai Bergolek Nabil Dibuatnya, Haha !!
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Meletop, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat spontan pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Namie ketika sedang mengacara rancangan sensasi itu baru-baru ini. Untuk episod ini, pelakon drama Dr Pontianak iaitu Kimberly Chuah dan Mierul Aiman diundang datang ke set MeleTOP.
Mereka hadir ke set MeleTOP untuk mempromosikan drama itu yang telah pun bersiaran di saluran Astro Warna. Di luar pengetahuan Nabil dan Namie, Sharifah Sakinah yang juga pelakon utama drama ini turut hadir ke studio. Untuk makluman, Sakinah memegang watak Edna si pontianak.
Pada awal video, Nabil dan Namie sedang rancak mengata Sakinah dan tiba-tiba Sakinah menerjah ke arah mereka berdua. Apa lagi, terkejut Namie dan Nabil melihat ‘pontianak’ masuk ke studio. Reaksi muka Nabil yang jelas terkejut tu menggeletek hati warganet.

Namie juga tidak dapat menyembunyikan muka cuaknya itu, melekat terus Namie di dinding studio. Mierul juga kelihatan sedikit terkejut kerana reaksi Nabil dan Namie itu. Gamat suasana di studio apabila host kena prank. Selalunya host yang kenakan orang tetapi kali ini, rasakan host pula yang terkena.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yg ni kelakar. Terkejut beruk nabil tu. Selalu dia kenekan org je. Ni giliran dia terkene..muka namie da mcm roh tertanggal dr badan je.. ”
” Namie jantung da berterabur kat lantai ke tu haha. bnyak kali ulang.. ni betul2 trkejut berok nabil dibuatnya.. ”
” Sumpah, kalau aku pun terkejut melompat terpekik melolong kat situ agaknya… Kito nyo latoh.. ”
” Ak baru nk mnguap ngntok.. skli tgk nabil dgn namie punya muka.. hilang nguap aku haha… kuajo betul Edna ni taw.. bdekak ak.. nk tkencing ketawa.. ”
” Opocot Haha.. Nabil terperanjat berok. Baru sebut, tertiba timbul. skrg ni dgn aku sekali tercampak phone ni kenapa.. ”
” Nasib tak black out kalau tak mau pengsan semua haha.. mirul Dan Namie pun terkejut sebab Nabil menjerit.. ”
” Keluar roh member tu dari badan haha. banyak kali ulang… sakit perut gelakkan Nabil ahmad. terkejut kau nabil.. ”
Episod kali ini memang pecah rekod kerana host yang kena prank. Reaksi Nabil dan Namie itu membuatkan warganet berulang kali menontonnya kerana begitu mencuit hati. Itu lah lain kali jangan diseru nama Sakinah atau Edna, boleh tercabut jantung dibuatnya, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

