Artis / Selebriti
” Ok saya tanya dulu, Abang Sabri pandai ke cakap Cina ? ” – Jep Sepahtu
Video Penampilan Sabri Yunus Dan Angeline Tan Dalam Sepahtu Reunion Al Moreh Buat Ramai Terhibur. Terdiam Angelina Tak Tahu Nak Cakap Apa Lepas Kena Usik Dengan Jep Sepahtu. Nasib Abang Sabri Datang Jadi Penyelamat, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram milik Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan sedutan rancangan Sepahtu Reunion Al Moreh. Sepahtu Reunion Al Moreh merupakan sitkom komedi Sepahtu Reunion yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan menggantikan Sepahtu Reunion Al-Puasa.
Pada minggu ini, episod keempat bertajuk ‘Cinta dari China’. Berkisahkan seorang jejaka dari Tanah Melayu mencintai seorang wanita yang berasal dari Negara China. Her0in dalam kisah dipegang oleh Dr Soo Wincci dan heronya pula adalah Jep Sepahtu.
Kehadiran artis jemputan iaitu Angeline Tan sebagai ibu kepada gadis berasal dari negara China menarik perhatian penonton. Menerusi salah satu babak, Angeline tidak membenarkan anaknya untuk berkahwin dengan Jep kerana perbezaan bangsa. Jika Jep mahu berkahwin dengan anaknya, Jep perlu pandai bercakap bahasa Cina.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Angeline itu, seloroh Jep dengan bersahaja, bertanya kembali kepada Angeline adakah suaminya iaitu Sabri Yunus pandai bercakap Cina. Kata-kata Jep itu membuat para penonton yang hadir turut berdekah ketawa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa dan mengatakan terhibur menonton lakonan Sabri dan Angeline bersama Sepahtu Reunion. Antara komen tersebut adalah :
” Panjang umo.. Peik petik kok terus kuo bang Sabri to ekkkk, haha.. Hahhaha tengok jugak Soowincci mmg tak thn gelak dh dia.. “
” Hahaha kita kawen pun sama apa, hahahaa.. Indah boleh tahan gelak lah.. “
Kehadiran secara tiba-tiba Sabri di belakang Jep sebagai cameo juga mengundang tawa ramai. Jep kelihatan terkejut dengan kehadiran Sabri dan semua yang ada menahan ketawa. Sabri memegang watak sebagai suami Angeline dan juga ayah kepada gadis itu membenarkan anaknya untuk berkahwin dengan Jep.

Meskipun dihalang oleh Angeline, Sabri memujuk dengan mengatakan perkahwinan mereka juga seperti itu. Untuk sekadar info, penampilan cameo yang diperkenalkan dalam rancangan Sepahtu Reunion menjadi kesukaan ramai kerana cameo ini disembunyikan identiti mereka daripada pengetahuan pelakon dan juga penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera



