Artis / Selebriti
” Nyanyi spontan pun tetap merdu. Suara dalam MV dengan suara live sama.. ” – Komen Netizen
Video Throwback Fattah Amin ketika diminta menyanyi secara live kembali viral. Alahai boleh cair dengar suara Fattah ni. Menyanyi spontan on the spot pun tetap sedap..
Nama Fattah Amin semakin hangat diperkatakan dan menjadi buah mulut warganet. Di mana-mana sahaja pasti nama Fattah akan disebut oleh warganet. Fattah yang dahulunya digelar pelakon kayu kini semakin baik lakonannya. Tidak hanya sebagai pelakon, Fattah juga ada bakat dalam bidang nyanyian.
Sejak awal penglibatan Fattah dalam bidang seni, Fattah sudah pun keluar dengan beberapa lagu single antaranya yang menjadi siulan sehingga kini adalah lagu Wanita Terakhir. Lagu ini mempunyai nostalgianya yang tersendiri dan sangat bermakna dalam hidup Fattah.
Meninjau entry di akaun Tiktok Fattah Amin Fans, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Fattah memenuhi permintaan pihak wartawan untuk menyanyikan lagu tersebut secara live. Permintaan yang diajukan secara spontan ini tetap dilayani oleh Fattah dengan baik.

Baik dari intro lagu sehingga lah ke bahagian korus, suara Fattah memang kedengaran merdu. Memetik komen warganet, suara Fattah dalam music video dan suaranya ketika menyanyi secara live sama sahaja, tiada beza. Suara Fattah itu boleh membuatkan ramai yang terbuai-buai mendengarnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattah.amin.fans4 Fattah Amin Menyanyi Lagu Wanita Terakhir Secara Live #fattahamin
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Fattah ni baik orangnya.. ada budi bahasa.. sedap suara Fattah Amin ni.. nyanyi spontan pun tetap merdu.. “
” Sedihnya dengar lagu tu walaupun akak ni berumur.. fatah dr berlakon jd penyanyi…. tahniah teruskn usaha… ada hikmah d sebalik semua yg terjadi sabar sentiasa.. “
” Hadir support Fattah Amin.. Sedapnya suara Fattah ni.. lembut je.. semoga Fattah sihat dan terus maju jaya.. “
” Doa yg baik2.. moga hansome selalu, sihat tubuh badan, bahagia sampai syurga, kaya selalu muga boleh pakai lambo, syurga tanpa hisab.. aminn.. “
” Fattah soft spoken, jiwa lembut, muka manis dan ada nur pada wajahnya tu.. susah nak cari muka macam dia.. full package.. memang sedap suara Fattah.. “
” Terbaik lah Fattah.. suara merdu sekali.. suara dalam mv dengan suara live sama merdu.. ada macam suara Irwan Shah.. “
” Orangnya dan suaranya tu lembut je.. suaranya pun mendayu-dayu.. Terbaik lah suara Fattah. semoga dalam lindungan Allah selalu Fattah.. “
Tidak dinafikan Fattah ada bakat dan suara yang merdu kurniaan Allah untuk dirinya. Sedap didengar tone suara Fattah yang lembut dan mendayu-dayu itu. Semoga Fattah terus maju jaya baik dalam bidang lakonan mahu pun bidang nyanyian. Terus melangkah menuju kejayaan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin Fans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


